in

Wanita Tinggalkan Kekasih Lepas Keputusan DNA Dedah ‘Sejarah Hitam’ Keluarga Teman Lelaki

collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya kalau korang bosan tak tahu nak buat aktiviti apa masa hujung minggu dengan pasangan, korang biasanya mesti pilih pergi tengok wayang atau jalan-jalan kan?

Namun, pasangan dari UK ni lain pulak, mereka ambil keputusan nak buat something yang lebih rare dan fun, iaitu buat ujian DNA untuk tahu pasal sejarah keluarga masing-masing.


Malangnya, keputusan DNA tentang sejarah keluarga teman lelaki ini menghantui pasangan ini selama-lamanya.

Menurut Mirror, lelaki ini dedahkan kisahnya di Reddit dan mendakwa hubungannya putus kerana keputusan DNA yang diterimanya.

Lelaki ini berkata, keputusan tersebut telah merungkai rahsia hitam keluarga yang disimpan selama bertahun-tahun.

patrick bateman serial killer

“Sebulan lepas, saya dan teman wanita nak buat sesuatu yang fun, so kitaorang decide nak buat ujian DNA untuk ketahui lebih lanjut tentang sejarah keluarga.

“Syarikat yang tawarkan perkhidmatan ni memang betul-betul bagi banyak maklumat dan kitaorang ambil masa untuk baca satu-satu.

“Kitaorang memang seronok baca pasal sejarah keluarga. Tapi, tiba-tiba saya temui sesuatu buatkan saya kehilangan wanita yang saya cintai.

“Dalam tu ada beberapa nama yang saya tak kenal dan lepas saya buat research, rupa-rupanya salah seorang dari nenek moyang saya adalah serial killer yang terkenal.”

Terkejut dengan penemuannya, lelaki ini terus beritahu keluarganya. Tengok-tengok keluarga dia tahu pasal benda ni. Tapi, sebab dorang nak jauhkan diri dari pembunuh tersebut, dorang buat keputusan untuk tidak menyebut namanya.

Lelaki ini kemudian memberitahu teman wanitanya yang ternyata terkejut dengan penemuan itu. Kerana mereka dah lama bercinta, lelaki ini merasakan yang kekasihnya akan get over it. Tapi…

“Minggu lepas, teman wanita saya ajak jumpa untuk bincang benda penting. Rupanya, dia nak putuskan hubungan sebab dia tak boleh terima yang saya ada kaitan dengan serial killer.

Dia kata dia cintakan saya, tapi sebab darah saya sama dengan seseorang yang sangat kejam buat dia tak boleh nak tengok muka saya.” Ekeleh pompuan ni!

Lepas lelaki ini dedahkan ceritanya, dia meminta nasihat orang di Reddit tentang cara nak menangkan semula hati teman wanitanya.

Netizen di Reddit memang terkejut dengan tindakan wanita tersebut dan menasihatkan lelaki ini untuk lupakan perempuan macam tu.

“Kalau dia biarkan keputusan DNA ganggu hubungan korang, maknanya dia dah tak ada hati lah nak teruskan hubungan. Saja cari alasan.”

“Dia ni, sama ada nak cari alasan atau dia memang tak guna. Apa pun, kau tak payahlah get back balik dengan dia.”

Kesian admin dengan lelaki ni, tak pasal-pasal kena tinggal dengan awek. Takpelah, bunga bukan sekuntum.

 

Baca: “Kamu sudah selingkuhin aku, Aku mau PUTUS” – Girlfriend Curang, Boyfriend Guna Cara ‘Savage’ Minta Putus

Screenshot 2019 04 18 at 5.03.49 PM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.