Selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta secara terbuka, pasangan selebriti Korea Selatan, Lee Jong-suk dan IU, dilaporkan tidak lagi bersama.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi kedua-dua selebriti itu, perpisahan mereka atas kata sepakat, bagaimanapun mereka kekal sebagai rakan sekerja secara profesional.
Artikel berkaitan: Bau Busuk Masa ‘Award’ Kpop, Individu ‘Memerut’ Dalam Seluar Tampil Mohon Maaf
Artikel berkaitan: “Sumpah I mintak maaf kalau korang terasa” – Iman Troye Kena Hentam Dengan Netizen Gara-gara Sentuh Isu KPOP?
Berpisah sebab masing-masing jadual padat
Untuk rekod, Lee Jong-suk dan IU mula berkenalan pada tahun 2012 semasa mereka bekerjasama memainkan peranan sebagai pengacara untuk program muzik SBS, Inkigayo. Selepas hampir sedekad berkawan, mereka akhirnya mengesahkan hubungan cinta mereka pada penghujung tahun 2022 di mata umum.
Menurut laporan daripada sumber terdekat, difahamkan jadual kerja yang semakin padat menyebabkan mereka sukar meluangkan masa bersama dan dipercayai mendorong mereka untuk menamatkan hubungan cinta.

IU memulakan kerjayanya sebagai penyanyi pada tahun 2008 dan namanya mula melonjak naik menerusi lagu hit seperti Good Day dan You & I. Selain daripada mengukir nama sebagai seorang penyanyi, dia turut menempa nama sebagai pelakon menerusi drama seperti When Life Gives You Tangerines dan Perfect Crown.
Selepas drama Perfect Crown selesai ditayangkan, IU kini sedang memberi tumpuan kepada album baharu. Bahkan, dia juga dijadualkan bakal mengadakan konsert di Stadium Goyang pada September nanti.

Dalam pada itu, Lee Jong-suk pula memulakan kerjayanya sebagai model pada tahun 2005 sebelum berkecimpung dalam dunia lakonan iaitu drama Prosecutor Princess pada tahun 2010 yang merupakan lakonan pertamanya dan mula dikenali menerusi drama popular seperti Secret Garden, I Can Hear Your Voice dan Pinocchio.
Pelakon itu juga bakal muncul dalam siri Disney+ akan datang berjudul The Remarried Empress.
Sumber : The Korea Herald
