in

Lelaki Mengamuk Jiran Tua Buat Bising Pukul Untuk Bagi ‘Pengajaran’

Singaporean Man Beat Up Neighbour To Teach Her A Lesson For Being Too Loud World Of Buzz 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sering dianjurkan untuk berbuat baik sesama jiran yang tinggal di sekeliling kita. Namun lain pula dengan apa yang menimpa seorang wanita tua yang berumur 69 tahun ini.


Jiran sebelah rumahnya naik angin dan memukulnya sekuat hati sehingga tubuh wanita itu terpaksa dibedah demi untuk menyelamatkannya!

Dia telah dipukul menggunakan kayu sepanjang 140 cm oleh seorang lelaki yang berusia 53 tahun kerana wanita itu dikatakan ‘terlalu bising’ dan dia mahu memberi wanita tersebut ‘pengajaran’.

Singaporean Man Beat Up Neighbour To Teach Her A Lesson For Being Too Loud World Of Buzz 3
sumber: lianhe zaobao

Kejadian yang berlaku pada 22 Oktober 2016 ini terjadi di Block 6, Jalan Kim Tian, Singapura, lapor Stomp.

Pada pukul 11 pagi, seorang lelaki telah mengambil senjata yang disoroknya di belakang pusat pengumpulan sampah untuk menyerang wanita tua tersebut.

Sebaik sahaja wanita tua  itu berjalan menuju ke arah sebuah supermarket, secara tiba-tiba dia terdengar suatu suara menjerit dari belakang menyebut, “Makcik!”

Singaporean Man Beat Up Neighbour To Teach Her A Lesson For Being Too Loud World Of Buzz 2
sumber: lianhe zaobao

Apabila dia menoleh, jirannya yang sudah sedia memegang sebatang kayu terus memukulnya dengan sekuat hati.

Singaporean Man Beat Up Neighbour To Teach Her A Lesson For Being Too Loud World Of Buzz 6
sumber: lianhe zaobao

Dia memukul wanita tua itu di bahagian kepala, lengan dan bahagian atas badan sehingga cedera parah. Namun mujurlah jeritannya meminta pertolongan dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin kedengaran jelas oleh seorang jiran lain yang kemudian datang membantu.

Akhirnya, dia rebah dan tersedar ketika dia sudah berada di hospital.

Selepas dari kejadian itu, saya berada dalam keadaan separa koma. Doktor kemudian memberitahu yang dia telah membedah saya selama lapan jam setengah lamanya.”

Singaporean Man Beat Up Neighbour To Teach Her A Lesson For Being Too Loud World Of Buzz 5
sumber: lianhe zaobao

Pada 23 May 2017, lelaki yang menyerang makcik tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara selama 36 bulan. Difahamkan juga mereka telah menjadi jiran selama 10 tahun lamanya.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, lelaki tersebut dikatakan meminta rokok dan sedikit wang kepada wanita tersebut. Namun wanita itu mengatakan bahawa dia sudah berhenti dari merokok dan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk diberikan kepada jirannya.

Kadangkala kami bertembung di luar dan dia akan minta saya wang. Amaunnya adalah di antara SGD2 ke SGD20 (RM6 ke RM60).” 

Lelaki tersebut juga dikatakan sedang menghadapi masalah depresi yang melampau sehingga membuatkan dia begitu sensitif dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Bunyi ‘bising’ yang dilakukan wanita tersebut mungkin telah membangkitkan amarah jirannya.

Pun begitu, lelaki tersebut mengaku menyerang wanita tua itu dengan niat untuk memukul dan sedar akan kesalahan yang dilakukannya.

Kalaulah dia sedar lebih awal sedikit, kan…

Wanita tua tersebut masih lagi trauma akan perkara yang berlaku. Semasa kunjungan pihak media ke rumahnya lepas, dia memberitahu bahawa tangan kanannya masih tidak boleh bergerak dengan baik.

Doktor menasihatkan saya supaya lebih banyak berehat, dan kini saya sedang belajar untuk menulis semula seperti seperti biasa.” 

Sungguhpun begitu, dia masih menghadapi kesukaran dalam dalam melakukan aktiviti seharian seperti menggunakan alat kawalan jauh dan menulis.

Singaporean Man Beat Up Neighbour To Teach Her A Lesson For Being Too Loud World Of Buzz 4
sumber: lianhe zaobao
Singaporean Man Beat Up Neighbour To Teach Her A Lesson For Being Too Loud World Of Buzz
sumber: lianhe zaobao

Keganasan bukanlah penyelesaian kepada semua masalah. Kalau ada yang tak puas hati dengan sikap jiran sebelah, berbincanglah. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Semoga makcik cepat sembuh! 

Baca: Penganggur Tergamak Pukul Ibu Mertua, Bakar Rumah Kerana Berang Ditegur Isteri Tidak Beri Nafkah

Mertua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.