in

Wanita Temui Cacing Melingkar Dalam Ayam Goreng Dari Restoran Mamak di Kuantan

Cacing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Temui Cacing Melingkar Dalam Ayam Goreng Dari Restoran Mamak di Kuantan
Loading
/

Perkara yang paling membuatkan kita rasa mual dan hilang selera adalah apabila terjumpa benda yang tidak sepatutnya dalam makanan. Betul tak? 


Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang mahu menikmati makan malamnya tetapi malangnya dia ternampak cacing yang masih hidup bergerak-gerak pada ayam goreng. Nasib nampak, kalau terus makan je…

Cacing3
sumber: world of buzz

Menurut World of Buzz, Chen, 31, telah pergi membungkus tiga paket nasi briyani daripada sebuah kedai mamak yang baru dibuka di Kuantan kira-kira jam 7 malam. Bersama dengan makanan itu, dia turut membeli ayam goreng dan kari kambing untuk ibu bapanya juga.

Chen sebelum itu banyak mendengar pujian tentang restoran tersebut semenjak ia dibuka membuatkannya mahu mencuba makanan yang dijual di situ.

Apabila ternampak ayam goreng yang begitu menyelerakan, Chen membuat keputusan untuk membeli dan telah membayar RM38 untuk kesemua makanan itu. Dia kemudian beransur pulang ke rumah untuk makan malam.

Cacing2
sumber: world of buzz

Bagaimanapun, ketika bapanya sedang makan beberapa suap nasi briyani itu, Chen membuka paket ayam goreng dan menjumpai beberapa cacing sedang melingkar dan ‘menari’ di dalam ayam tersebut. Gelinyaaaa!

Mula berasa geli, bapanya dengan segera berhenti makan dan mereka membawa paket makanan itu sebelum kembali ke restoran mamak tersebut untuk membuat aduan.

Menurut Chen, staf di restoran itu hanya mampu memohon maaf dan memulangkan wang. Namun, kerana masih terbayang-bayang akan pergerakan cacing yang dilihatnya itu, dia telah membuat aduan kepada pihak berkuasa. Mereka memaklumkan kepadanya bahawa siasatan lanjut akan dijalankan secepat mungkin.

Jangan lupa periksa makanan sebelum masuk mulut tu! Tak kira lah bungkus ke atau makan di restoran.

Baca: Wanita Jumpa Cicak Dalam Kari Ketam Di Restoran Nasi Daun Pisang Puchong

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.