Wanita Sangka Nak Buat Baik Tapi Nyaris Dirompak di KL Lepas Pulangkan Handphone

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dekat Malaysia ni ramai orang baik-baik yang sanggup hulurkan bantuan pada sesiapa yang memerlukan. Tapi malangnya ada golongan yang cuba ambil kesempatan dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang wanita dah kongsikan yang dia nyaris dirompak dekat TREC, KL hanya kerana memulangkan handphone yang dijumpai kepada tuannya.

So, Ally bagitau dia keluar dengan rakan-rakan baru-baru ni dan terjumpa handphone dalam toilet wanita. Handphone Samsung Note 8 tu nampak baru dan of course Ally nak pulangkan balik pada tuan empunya.

Sumber: WOB

 

Ada mesej dekat lock screen wallpaper

Zaman sekarang ni semua orang pun for sure akan lock handphone kan? Tapi handphone yang Ally jumpa ni langsung tak lock dan dekat lock screen wallpaper ada mesej pulak yang ditinggalkan,

“017-XXXXXXX telefon jika terjumpa. Ganjaran akan diberi”

Sumber: WOB

Ally pun call nombor yang tertera sebab nak pulangkan handphone tersebut. Masa pemilik handphone datang nak ambil dari Ally, pemilik tu yang merupakan orang warga asing, langsung tak nampak gelabah pun yang handphone dia hilang.

Dah pulang semua, kira all is well lah kan dan Ally pun cerita dekat kawan dia, Betty yang takde dekat tempat kejadian masa perkara tersebut berlaku. Masa tu Betty tanya dia,

“Awak ada jumpa handphone dekat situ malam tu?” Aikk, macam mana Betty tau?

 

Rupa-rupanya ini bukan kali pertama ia berlaku

Kata Ally,

“Betty terangkan yang ini sebenarnya scam yang biasa berlaku dekat bar. Taktik mereka ialah sengaja tinggalkan handphone dan bila ada orang pulangkan, scammer akan mintak untuk jumpa di tempat yang sunyi. Masa nak pulangkan, dia akan rompak orang tu sebagai ‘ganjaran’ memulangkan handphonenya.”

Nasib baiklah masa Ally nak pulangkan handphone tu, dia pergi sama-sama dengan kawan-kawan dan bukan pergi seorang diri. So, Ally nasihatkan supaya orang ramai berhati-hati takut-takut jadi pada mereka pulak.

Sumber: WOB

Walaupun scam ni terjadi dekat bar, tapi, perkara macam ni boleh jadi dekat mana-mana sahaja kepada sesiapa je. So, make sure korang extra careful dan pastikan kalau nak ke mana-mana, biar berteman dan bukan sorang-sorang.

Macam-macamlah sekarang ni.

Baca: “My engerish is not too good” – Berdekah Baca Mamat Ni Balas Whatsapp Scammer

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.