“My engerish is not too good” – Berdekah Baca Mamat Ni Balas Whatsapp Scammer

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Orang yang nak scam ni kan tak habis-habislah dengan taktik kotor dia. Asyik je nak menipu orang. Dia tak tau ke sebab dah selalu sangat jadi, semua dah start alert dan berhati-hati dengan orang-orang macam ni.

Seorang lelaki kongsi kat Facebook dia jual kereta secara online dekat Mudah and tetiba ada mamat ni Whatsapp dia. Mamat ni memang minatlah dengan kereta dia tapi first-first dah takleh percaya sebab guna nombor telefon pelik. Lepas tu, buyer ni siaplah mintak gambar lain. Konon serious nak beli.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Bila ditanya nak cash ke loan, dia kata nak bayar pakai bank transfer dan shipping fee tak perlu risau katanya. Sebab dia nak kereta tu dihantar ke Afrika. Bapak jauh! Si penjual ni pun buat-buatlah tak paham kata dia jual car bukan ship dan pura-pura tak bagus berbahasa mat saleh.

Sumber: Facebook

Geli hati dan terhibur baca penjual ni tahan je melayan mamat penipu tu sebab banyak kali dia dok convince buyer tu yang dia jual kereta bukan kapal. Haha! Si scammer ni pun gigih teruskan perbualan.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Bukan takat tu je, dorang siap nak close deal dah. Buyer tu siap nak bayar and mintak details akaun sebab katanya nak bagi bank dia send email notification lah hapelah. Macam biasalah kan.

Sumber: Facebook

Memang sampai ke sudah dia melayan. Last-last, orang tu dah fed up weh! Haha! Scammer tu geram agaknya, buat penat layan mamat ni, dia terus block penjual ni kat Whatsapp. 

Berani lagi nak scam orang!

Baca: “Nak tengok akal dia sampai mana nak kelentong” – Wanita Tergelak Layan Scammer Menyamar Jadi Pembeli

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.