in

Wanita Rusia Jual Bayinya Sendiri Dengan Harga RM16,064 Sebab Nak Beli Kasut But

Jua4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingin bergaya tak salah tapi ada batasnya. Jika sehingga sanggup menjual nyawa, ianya tak berbaloi sama sekali.


Jika ibu lain menangis mengenang anaknya yang hilang, ibu muda di Rusia ini pula sanggup menjual anak perempuannya yang berusia baru satu minggu demi wang.

 

Kantoi jual anak kat pasaran gelap dengan polis menyamar sebagai pembeli

Luiza Gadzhieva, seorang ibu muda yang berusia 25 tahun ini ditangkap polis kerana telah menjual anaknya di pasaran gelap di Rusia.

Jua5

Wanita tersebut menjual anaknya dengan harga 3000 pound sterling (RM16,064).

Selepas mendapat bayaran, dia telah meletakkan anaknya di sebuah kafe di tempat yang telah dipersetujui. Kemudian, dengan bukti yang mencukupi, polis menangkapnya di Moscow.

 

‘Survey’ kasut but untuk dibeli lepas dapat wang

Menurut thesunUK, katanya kepada pembeli yang berpotensi, dia mahu guna wang hasil jualan anaknya itu sebagai deposit rumah. Tapi sebenarnya dia nak beli kasut but!

Demi kasut but…

Jua6

Siap survey lagi dengan adik/kakak, kasut but mana dia nak beli…

Ada pihak yang sudah menasihati supaya wanita berkenaan membatalkan niatnya selain memberi amaran bahawa akan ada akibat yang dihadapi jika dia meneruskan urusan jualan, namun ia tidak diendahkan.

Luiza dalam keadaan malu, mengaku bersalah ketika disoal oleh polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

Baca : “Waktu mengandung pun dia amik dadah” – KEJAM! Pasangan China Jual Anak Baru Lahir RM36 Ribu Sebab Nak Beli Syabu

Jua

Sumber: thesunUK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.