in

7 Individu Mati Lepas Minum ‘Hand Sanitizer’ Hanya Sebab…

Ft 7D

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Idea gila 9 individu di Rusia diakhiri tragedi. Mereka dikatakan menghadiri sebuah parti di perkampungan daerah Yakutia sebelum parti berkenaan kehabisan stok arak.


Jadi bagi menggantikan arak, mereka telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan hand sanitizer yang mengandungi 69% methanol (sejenis alkohol yang tak boleh diminum). Akibatnya, 7 daripada mereka mati manakala 2 dalam keadaan koma.

7D

Lapor nst, kejadian yang berlaku pada 19 November ini meragut tiga nyawa di hari yang sama iaitu seorang wanita berusia 41 tahun dan dua lelaki berusia 27 tahun dan 59 tahun.

Enam mangsa yang lain dengan segera diterbangkan ke hospital bandar di ibu kota wilayah Yakutsk bagaimanapun empat lagi kematian disahkan meninggal hari berikutnya antaranya 3 orang lelaki masing-masing berusia 28, 32 dan 69 tahun.

7D1

 

Bukan kejadian pertama

Memetik laporan US Centers for Disease Control & Prevention di nytimes , dari 1 may hingga 30 Jun tahun ini 15 individu di Arizona dan New Mexico di Amerika Syarikat telah meminum alchohol-based hand sanitizer.

Mahu diingatkan, meminum bahan yang mengandungi methanol boleh menyebabkan keracunan bahkan kematian.

 

Baca : Konon Nak Jimat Kos, Peniaga Tergamak Guna Pencuci Lantai Sebagai ‘Hand Sanitizer’

7D2

Sumber: ladbible
Sumber: ladbible

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.