in

‘Cheat Death’! Budak Tertusuk Chopstick 8 Inci Dalam Tekak, Siap Boleh Nampak Ia ‘Timbul’ Di Belakang Kepala

Ft Linlin 2 E1618635341581

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak di China yang berusia 2 tahun hampir maut tertusuk batang chopstick pada 29 November lalu lapor DailyMail.


Mangsa, Lin Lin, menurut neneknya sedang memakan potongan buah epal yang dicucuk dengan chopstick. Jelasnya dia memberi kanak-kanak terbabit buah tersebut dengan chopstick supaya dia boleh makan tanpa perlu membasuh tangan.

Bagaimanapun sewaktu dia terleka sedikit, Lin Lin keluar dari bilik lalu menaiki basikal miliknya sambil memegang batang kayu itu dan terjatuh sewaktu mengayuh.

Bam! Batang chopstick tu tercucuk masuk mulut terus ke bahagian belakang kepala tapi tak menembusi kulit.

Lin Lin terus dikejarkan ke Hospital Kanak-kanak Nanjing di mana doktor memeriksa pesakit muda ini melalui imbasan CT.

 

Tusukan tak parah tapi berisiko kerana dekat dengan kawasan penting

Linlin

Linlin1

Batang kayu sepit yang berukuran 8 inci (20cm) tersebut dilihat pada imbasan CT namun doktor mengatakan ia tak menembusi saluran makan dan pernafasannya.

Pun begitu, ia masih boleh merosakkan beberapa bahagian lain semasa operasi pembedahan yang menyebabkan pendarahan dan mengancam nyawa.

 

Linlin2

 

Kemudian Lin Lin segera dijadualkan menjalani pembedahan kecemasan untuk membuang batang chopstick tersebut. Dengan kepakaran doktor, pembedahan selesai dengan jayanya.

Setelah itu, dia dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi untuk pemerhatian. Kini, Lin Lin dilaporkan sudah pulih dan sudah kembali kepada diet normal.

Pihak hospital sempat memberi peringatan kepada ibu bapa di luar sana supaya memberikan perhatian kepada anak-anak dan jangan biarkan mereka bermain barang tajam terutamanya semasa makan.

 

 Baca : “Mungkin takde yang boleh tengok anak dia” – Kereta Rempuh Bank Masa Anak Dalam Kereta Tunggu Ibu Cucuk Duit

Linlin3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.