in

“Bukan gigit saja, dia langgar, gigit, kemudian tarik ke dalam laut” – Peluncur Air Hilang Selepas Diserang Jerung Putih

J6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jerung putih atau the great white shark dikenali sebagai pemangsa terbesar di lautan. Menurut usa.oceana.org, jerung putih memainkan peranan yang penting dalam keseimbangan ekosistem di laut.

Jerung putih dapat seimbangkan ekosistem di laut dengan menjaga (dengan kata lain memakan) populasi haiwan seperti anjing laut dan singa laut.


Tapi betul ke jerung ni makan manusia macam dalam movie Jaws tu?

J1

Nationalgeographic tak menafikan mahupun mengiyakan tapi mereka mendapati bahawa manusia tiada dalam ‘menu’ santapan jerung.

Jelasnya, haiwan ini mempunyai satu sifat semulajadi iaitu rasa ingin tahu. Kajian mereka mendapati, biasanya haiwan ini akan menggigit manusia sebagai ‘sample’ kemudian dilepaskan semula.

Biasanya serangan yang dikaitkan dengan jerung putih tak parah tapi kalau parah kemungkinan kerana kecelaruan identiti mangsa. Peluncur air dari bawah laut kelihatan seperti anjing laut, makanan kegemaran mereka.

J7

Baru-baru ini dilaporkan kejadian serangan jerung putih di Australia dan mangsa tak kelihatan sehingga kini.

Mangsa, Andrew Sharpe dikatakan sedang meluncur air di pantai Wylie Bay pada pagi hari Jumaat lalu sebelum diserang.

Namun yang mengejutkan pihak berkuasa ialah, populasi anjing laut banyak di situ, adakah jerung tersebut beranggapan lelaki itu adalah anjing laut? Min taktahu. Bawah ni gambar mangsa.

J3

Saksi, para peluncur air yang lain menyatakan mereka nampak mangsa diserang dengan ganas di dalam air, ada yang menyelam untuk menolong namun tak sempat berbuat apa-apa kerana jerung itu berenang laju berlalu pergi.

Susulan kejadian, pihak berkuasa telah mengerahkan pasukan mencari namun masih menjumpai jalan mati. Setakat hari ini, hanya papan luncur dengan kesan gigitan dan cebisan baju renang yang dipercayai milik mangsa dijumpai, lapor Dailystar.

Sarjan Tarasinski dari pasukan mencari menjangkakan peluang yang tipis untuk menjumpai mangsa dalam keadaan selamat.

Malangnya, kami tak menaruh harapan yang tinggi menemui En.Sharpe. Kami akan teruskan usaha pencarian tapi hanya untuk membawa sedikit penutupan terhadap keluarga mangsa.”

Berikutan berita serangan itu, pengurusi Esperance Ocean Safety and Support Group, Mitchell Capelli sangat terkejut dan ketakukan.

Kita berhadapan dengan sesuatu yang bukan saja gigit, dia langgar, gigit, kemudian tarik ke dalam laut.”

Tambahnya, dia beranggapan haiwan itu tak sepatutnya dibiarkan berkeliaran di situ.

It should not be in the ocean anymore.”

Bunyi omputih macam dialog movie sikit. Pendapat min lah bukan salah jerung atau manusia, kejadian macam ni tak boleh dijangka. Semoga kerajaan sana ambil iktibar dan ketatkan lagi kawalan dan penjagaan di pantai. Apa-apa pun, stay safe everyone!

 

Baca : Suami Bertarung Dengan Jerung Selepas Lihat Isteri Hampir Dibaham Haiwan Ganas Itu

J0

Sumber: youtube
Sumber: dailymail
Sumber: dailymail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.