in

“Rider puji nyanyian saya” – Lelaki Ini Kuat Menyanyi, Jiran Terpaksa Pindah Dan Jual Rumahnya Sebab Tak Tahan

Thai6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menyanyi adalah antara terapi sesetengah orang bagi melepaskan stres, betul? Tapi apa akan jadi kalau korang nyanyi non-stop? Jiran boleh pindah rumah weh!

Menurut laporan ThaiResident, wanita berusia 50 tahun Somthop dan anak perempuannya, Kanchana, 25 tahun, membuat keputusan untuk menjual rumah mereka hanya kerana jirannya suka menyanyi.


Eh? Takkan sebab nyanyi je?

Dakwa mereka, jirannya, Saksit, 41 tahun suka menyanyi, tapi masalahnya dia menyanyi sepanjang hari. Lelaki ini merupakan seorang peniaga makanan dan perniagaannya dijalankan dari rumah. Bila tiada pelanggan, dia akan menyanyi sambil bermain gitar.

Thai1

Jelas lelaki itu, muziknya membuatkan dia happy, dan tiada jiran lain yang mengadu mengenai perkara tersebut. Bahkan, ada rider yang memuji suara nyanyiannya.

 

Gaduh sejak tahun lepas

Saksit mendedahkan kepada sumber bahawa hubungan mereka sebenarnya sudah mengalami konflik sejak setahun yang lalu.

Ceritanya, tahun lepas jiran dia, Somthop dengan Kanchana beli pembesar suara lepastu dorang pasang volume paling kuat. Pada masa yang sama, isteri dia tengah mengandung. Konflik dorang bermula lepas Saksit meminta supaya volume pembesar suara tu dikurangkan sebab taknak ia mengganggu isteri dia.

 

Sudah lapor polis tapi tak jalan

Berbalik kepada keluarga wanita itu, katanya, mereka sudahpun melaporkan berkenaan gangguan yang dialami kepada pihak polis sebanyak dua kali namun Saskit buat tak endah dan terus menyanyi.

Kesudahannya, mereka terpaksa jual rumah kemungkinan sebab dah jumpa jalan buntu dan tak tahan.

Thai3

Min tak faham tapi tengok ada pleasee tu boleh nampaklah stres dia.

Tulis mereka dalam iklan,

Rumah ini dilengkapi dengan penyanyi percuma dengan kemahiran bermain gitar tanpa henti, semua orang tak dapat tidur.”

Kalau korang lah kan yang kena, agak-agak boleh tahan tak?

 

Baca : ‘Cikgu’ Hidup Dengan Timbunan Sampah Lebih 10 Tahun, Jiran Menderita Bau Busuk

S5

Sumber: Thairesident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.