in

Wanita Patah Jari Selepas Kaki Tersangkut di Travelator Pusat Membeli Belah di Subang Jaya

Page 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Patah Jari Selepas Kaki Tersangkut di Travelator Pusat Membeli Belah di Subang Jaya
Loading
/

Saban hari, makin kerap kemalangan melibatkan eskalator berlaku.


Terbaru, seorang wanita cedera selepas beberapa jari kakinya patah ketika menggunakan travelator di Empire Shopping gallery, Subang Jaya.

sumber: inoxelevator. Com

Menurut The Star, sandal dan kaki wanita berusia 38 tahun itu tersangkut di penghujung travelator. Kejadian berlaku semalam ketika wanita itu sedang menggunakan travelator dari tingkat LG untuk ke B1.

sumber: facebook

Menurut jurucakap pusat membeli belah itu, wanita berkenaan dikatakan terleka ketika menggunakan travelator menyebabkan kemalangan itu berlaku.

“Wanita itu telah menerima rawatan di hospital akibat patah tulang.”

Tujuh pegawai dan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.10 petang. Pasukan itu mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kaki wanita berkenaan. Mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Sunway untuk rawatan lanjut.

sumber: facebook

Melalui laman Facebook rasmi, pusat membeli belah itu telah memaklumkan kejadian yang berlaku dan menekankan bahawa travelator dan eskalator di pusat membeli belah itu mengikut jadual ketat penyelenggaraan mematuhi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Mereka turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan sekeliling ketika membeli belah.

Tonton bagaimana pasukan bomba menyelamatkan wanita itu:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.