Wanita Maut Dilanggar Motor Dan Kereta Sebelum Diseret 50 Meter

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tolong berhati-hati dan gunakan jejantas untuk melintas jalan. Sekecil mana jalan yang ingin dilintasi atau jika jalan tidak sibuk sekali pun, ambil langkah berjaga-jaga kerana malang tidak berbau.

Seorang wanita warganegara Filipina berusia 31 tahun maut ketika melintas jalan di Jalan Sulaman di Kota Kinabalu pada Jumaat lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, mangsa, Karimah Musa Kantu difahamkan sedang melintas jalan sebelum dilanggar oleh sebuah motorsikal.

Kejadian melibatkan sebuah motorsikal Modenas Kriss serta sebuah kereta Perodua Viva. Penunggang motorsikal itu dikatakan memotong kereta berkenaan sebelum tiba-tiba mangsa melintas jalan menyebabkan penunggang motorsikal terbabit tidak sempat menekan brek dan melanggar mangsa.

Pelanggaran itu menyebabkan mangsa jatuh di atas jalan dan dilanggar pula oleh Perodua Viva terbabit sebelum diseret sejauh 50 meter. Penunggang motorsikal dan pemandu kereta itu kedua-duanya dalam perjalanan ke ibu kota dari Tuaran.

Sumber: New Straits Times

Kemalangan itu menyebabkan mangsa maut serta merta akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Assisten Komisioner M.Chandra, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat. Penunggang motorsikal dilaporkan cedera ringan manakala pemandu kereta itu tidak mengalami kecederaan.

Pihak polis juga telah mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Memikirkan tentang kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja sudah cukup membimbangkan. Namun masih ramai juga yang tidak peka dan memandang remeh tentang keselamatan diri sendiri serta orang lain. Berhati-hatilah semua, ingat orang yang tersayang!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!