in

Wanita Mati Masa Hari Perkahwinan, Pengantin Lelaki Terus Kahwin Dengan Adik Masa Mayat Masih Dalam Bilik

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kes di India semakin memburuk, majlis perkahwinan tetap diteruskan di seluruh pelusuk negara itu.


Baru-baru ini, seorang pengantin perempuan dari perkampungan Samaspura di daerah Etawah, India telah meninggal beberapa jam sebelum perkahwinannya berlangsung Khamis lalu (27 Mei).

Biasanya bila perkara ini berlaku, perkahwinan akan dihentikan dan majlis akan diganti dengan acara pengebumian. Namun lain pula jadinya…

Times of India melaporkan, malam sebelum acara perkahwinan berlangsung, pengantin perempuan, Surbhi telah mengadu tak sedap badan dan tiba-tiba rebah tak sedarkan diri.

Selepas dikejarkan ke hospital, doktor memberitahu keluarga yang Surbhi telah pun meninggal dunia ketika tiba di hospital. Tapi, cerita ini tak terhenti setakat ini…

Pengantin lelaki Mangesh Kumar, tiba-tiba terus meminta izin kepada bapa Surbhi untuk nikahkan dia dengan anak perempuan mereka lagi sorang, Nisha.

2021 06 03 17 37 01 ​Going For A Love Marriage

Setelah berbincang, kedua-dua keluarga ini bersetuju untuk kahwinkan kedua-dua mereka terus bagi tak tangguhkan lagi majlis tersebut.

Untuk pengetahuan korang, ketika upacara perkahwinan tersebut dijalankan, mayat Surbhi masih ada lagi dalam salah satu bilik di rumah tersebut.

Selepas selesai upacara perkahwinan antara Mangesh dan Nisha, mereka teruskan pula dengan upacara pengebumian Surbhi. Dua upacara ini telah dijalankan di tempat yang sama.

Kesal dengan pemergian Surbhi, abangnya Saurabh mengatakan yang hari tersebut merupakan situasi yang pelik untuk dirinya.

Ketika adik saya sedang melangsungkan perkahwinan, mayat adik saya sedang baring dalam bilik.”

Memang tak lepaskan peluang langsung pengantin lelaki tu…

 

Baca: “Padan muka” – Syok Menari Dengan Penyanyi Jemputan Di Majlis Kahwin, Pengantin Lelaki Kena Tarik Telinga

Screenshot 2021 06 04 At 1.17.11 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.