in

“Padan muka” – Syok Menari Dengan Penyanyi Jemputan Di Majlis Kahwin, Pengantin Lelaki Kena Tarik Telinga

Feature 4 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain hari konvokesyen, hari yang paling bahagia dalam hidup kita ialah hari perkahwinan. Mana taknya, bukan selalu kita jadi raja sehari kan.



Namun, lain pula ceritanya buat pengantin lelaki ini sebab dia kena tarik telinga dengan isterinya ketika bersanding! Menurut Merdeka.com, kejadian dipercayai berlaku sebab pengantin perempuan geram tengok suaminya asyik menari dengan penyanyi jemputan majlis mereka.

@fikririzaldi_official

jangan sampai gagal malam pertama gara2 begini #malampertama #fyp #mcwedding

♬ Dj Fredy Caramba 2K21 – EzhaSickness💯

Video tersebut tular di platform TikTok setelah dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, fikririzaldi_official yang juga merupakan seorang MC majlis kahwin. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 1.8 juta kali oleh netizen.

Dalam video terbabit, dapat dilihat yang pada mulanya pengantin perempuan hanya mampu melihat dari jauh suaminya sedang berhibur dengan penyanyi jemputan sebab kedudukan pentas dan pelamin agak jauh.

Pengantin 4

Pengantin 2

Namun, setelah pengantin lelaki kembali ke pelamin, si isteri telah menarik telinganya untuk duduk di atas pelamin bersama-sama.

Pengantin 3

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan tindakan pengantin perempuan sebab suaminya tak patut buat macam tu terutamanya ketika hari bahagia mereka.

Photo6165644575721499703

Photo6165644575721499702

Kalau korang ada kat tempat pengantin perempuan ni, agak-agak korang akan buat benda yang sama tak? 

Baca: [VIDEO] Wanita Tak Sengaja Upah Ex-Girlfriend Suami Jadi MUA, Hasilnya Macam Orang Lepas Geram

Pengantin

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.