in

Wanita Mati Dilanggar Kereta di Tawau Disahkan Positif Covid-19, Polis Cari Kontak Rapat

Tawau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak berkuasa kini sedang mencari individu-individu yang berada berdekatan seorang wanita yang meninggal dalam kemalangan pada 12 September lalu di Jalan Chong Thien Vun di Tawau, Sabah.


Menurut Awani, semalam (16 September) wanita tersebut telah disahkan positif Covid-19.

Pegawai kesihatan Tawau, Dr G Navindran mengatakan, wanita berusia 75 tahun itu meninggal selepas mengalami kemalangan berhampiran rumahnya.

Dead Body 860X573 1

Dia dipercayai telah dilanggar oleh sebuah kereta semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli sarapan di kedai berdekatan.

Sekarang kami sedang mengesan kontak rapat mangsa untuk menjalani ujian saringan Covid-19 termasuk pegawai polis yang mengendalikan kes ini serta ahli keluarga dan individu-individu yang menolong menguruskan mayat mangsa.”

Untuk pengetahuan korang, sebanyak 472 kes positif dari Kluster Benteng LD di Lahad Datu dan Tawau telah dilaporkan. Sejak 16 September pula, seramai 7,247 individu telah disaring dari kluster ini, 2,705 individu masih menunggu keputusan manakala selebihnya adalah negatif.

 

Baca: [TERKINI] 2 Daerah Di Kedah & Tawau Akan Laksanakan PKPD Bermula 12 Malam Ini!

Screenshot 2020 09 17 At 11.14.37 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.