in

[TERKINI] 2 Daerah Di Kedah & Tawau Akan Laksanakan PKPD Bermula 12 Malam Ini!

Senior Minister Security Cluster Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 1533025 20200909215941

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mula dikuatkuasakan bermula jam 12.01 malam ini di 3 tempat iaitu Kota Setar & Aman Jaya, Kedah dan Penjara Tawau, Sabah.


Di Penjara Tawau, Sabah. Tempoh PKPD (Pentadbiran) itu akan bermula dari 11 hingga 25 September 2020 ini. Ianya melibatkan banduan, anggota dan ahli keluarga Jabatan Penjara Malaysia di Penjara Tawau.

Di Kota Setar, Kedah, PKPD (Pentadbiran) itu akan dikuatkuasakan di 28 mukim daerah Kota Setar, Kedah mulai 12.01 malam ini dari 11 September hingga 25 September 2020 ini.

Masjid diarah tutup, aktiviti sukan, sosial dan budaya dilarang, semua institusi pendidikan ditutup – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan” (Keselamatan)

Malah, kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam, Kedah dihentikan sehingga tamat PKPD pentabiran.

Tambahnya lagi, Feri dari jeti Kuala Kedah tidak dibenar beroperasi sepanjang PKPD Pentadbiran daerah Kota Setar dikuatkuasa

Sementara itu, Aman Jaya, Kedah, PKPD (Pentadbiran) itu Akan dilanjutkan selama 3 hari iaitu sehingga 13 September.

 

Baca : [TERKINI] 24 Kes Baru, 7 Kes Sembuh & TIADA Kes Kematian Baru Dilaporkan Hari Ini

Kes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.