in

Budak Perempuan 10 Tahun Hilang 3 Hari Lalu Ditemui Mereput Dalam Semak, Dipercayai Dib*nuh

Kanak Kanak Hilang Mati Dibunuh

Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan sejak Isnin lalu berakhir dengan tragedi apabila mangsa ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh.

Ia susulan selepas mayat mangsa ditemukan dalam keadaan mereput di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar, Kota Kinabalu.

Menurut laporan Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab. Rahman, mayat kanak-kanak itu ditemukan oleh orang awam kira-kira pukul 10.38 malam Rabu.

Pemeriksaan awal oleh pasukan forensik mendapati mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemukan di kawasan berkenaan sebelum identitinya disahkan sebagai Nurjilya Abdullah, 10, menerusi pengecaman pakaian oleh ibu mangsa.

Artikel berkaitan: Kanak-kanak Orang Asli Ditemui Maut Di Kawasan Paya Dipercayai Dibunuh, Dirogol

Artikel berkaitan: 7 Kes Kehilangan dan Pembunuhan Kanak-kanak Yang Pernah Menggemparkan Malaysia

Lebih menyayat hati, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian muka dan belakang kepala yang disyaki disebabkan hentakan menggunakan objek keras dan tumpul.

Sehubungan itu, menerusi siasatan polis, pihaknya berjaya menahan dua lelaki berusia 39 dan 42 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

747832989 2529135930885293 1456411984103178589 N

 

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan polis sedang melengkapkan siasatan termasuk mendapatkan keterangan saksi serta mengumpul bukti berkaitan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian