in

Wanita Hadapi Detik Cemas Lelaki ‘Mabuk’ Pecah Masuk Kereta di Basement Kepong Mall

Woman Shares How Drunk Man Tried To Break Into Her Car In Mall Basement World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Haish, memang bahaya sungguhlah perempuan zaman sekarang jalan sorang-sorang kat tempat yang sunyi. Sebab tu lah penting girls semua belajar self-defence supaya korang boleh karate penjenayah yang cuba buat benda tak elok kat korang!

Woman Shares How Drunk Man Attempted To Break Into Her Car In A Shopping Mall Basement Car Park World Of Buzz

Seorang netizen baru-baru ni ada share pengalaman buruk yang dialaminya lepas hampir-hampir dirompak kat sebuah cark park di shopping mall pada 5 April lepas. Sebabkan benda ni berlaku, dia upload sebuah video kat Facebook untuk ingatkan pemandu wanita yang lain supaya berhati-hati dengan keadaan di sekeliling dorang.


Menerusi video yang dia upload, mangsa masa tu tengah drive seorang diri kat lower ground basement di sebuah shopping mall kat Kepong untuk hantar beberapa bungkusan ke ofis Pos Laju. Lepas parking keretanya, wanita tu tetiba nampak seorang lelaki yang mencurigakan tengah bersandar di salah satu tiang dekat dengan kereta mangsa. 

136 1
sumber: wob

Dalam keadaan yang macam baru-baru nak mabuk, lelaki tu rehatkan kepala dia kat lengan yang bertentangan dengan tiang. Bila tengok keadaan suspek mula pelik, mangsa yang takut akan keselamatannya duduk je dalam kereta dan buat tak endah kat lelaki tu dengan harapan dia akan pergi. Tapi lebih menakutkan, suspek tak berganjak ke mana-mana pun dan dia duduk je kat situ hampir dua ke tiga minit. Wuish apa yang dia ushar tu! 

Tetiba je tanpa sebab, lelaki tu terus bergerak ke arah kereta netizen dan cuba bukak pintu kereta dia sambil bagi pandangan yang garang. Takutnyeee! Walaupun perempuan tu dah kunci kereta dia, si suspek yang degil tetap jugak nak cuba pecah buka pintu kereta mangsa berkali-kali.

Rasa tak sedap hati dengan apa yang jadi, perempuan tu terus tekan minyak dan buat beberapa pusingan kat cark park shopping mall tu. Bila dia dah rasa okey sikit, dia kembali semula kat tempat parking tadi untuk ambil gambar lelaki mabuk tu tapi malangnya lelaki tu dah blah tinggalkan tempat kejadian. 

Image3
sumber: wob

Lepas dari kejadian tersebut, perempuan tu syak yang memang lelaki tadi target untuk ganggu wanita yang drive sorang diri. Malah dalam video rakamannya, dia ingatkan supaya orang ramai berhati-hati dalam apa jua keadaan terutamanya wanita untuk sentiasa kunci kereta mereka dan jangan keluar dari kenderaan kalau terjadi perkara macam ni. Ingat tu!

Posting wanita ini mendapat perhatian netizen lain dalam tempoh 24 jam dengan 121,000 views dan 4,600 shares. Ada jugak di kalangan netizen yang share pengalaman mereka dan ajar tips bagus kat mangsa dengan hon kereta kuat-kuat supaya dapat tarik perhatian orang sekeliling. Haa bagus jugak idea ni kan! 

Untitled 2 3
sumber: facebook

Pastu setiap kali masuk kereta, jangan lupa kunci pintu tau! Ini pun pesan daripada salah seorang netizen kat posting mangsa.

Kalau faham bahasa Mandarin, korang boleh tonton video mangsa kat sini.

Wanita
sumber: wob

Hati-hati ye girls walau kat mana anda berada! 

Baca: Gadis Dipukul dan Dirompak di Parkir Lot Sebelum Ditinggalkan di Tempat Sunyi

Cark

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.