in

Gadis Dipukul dan Dirompak di Parkir Lot Sebelum Ditinggalkan di Tempat Sunyi

A

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang gadis menjadi mangsa rompakan di parkir lot Bukit Indah, Johor. Lokasi sebenar kejadian tidak diketahui tetapi ramai mengesyaki ianya berlaku di Pusat Beli Belah AEON Bukit Indah.


Gadis yang enggan namanya didedahkan itu sebelumnya memandu berseorangan dan parkir di bahagian yang agak sunyi dan lampu yang malap lebih kurang jam 8 malam. Tempat parkir hujung-hujung selalunya memang sunyi dan agak menakutkan…

A2
gambar hiasan

Sebaik sahaja selesai parkir, tiba-tiba sebuah Proton Wira berhenti di hadapan keretanya sebelum beberapa anak muda dilihat turun dan terus menyerang gadis itu yang berada di dalam kereta dengan mengetuk tingkap menggunakan ‘objek tajam’.

“Kerana terlampau takut, gadis itu menurut sahaja perintah anak-anak muda tersebut”, kata Timbalan Supt. Ismail Dollah, Timbalan OCPD Daerah Nusajaya.

*Pesanan tidak berbayar: Okay, dengar sini semua. Jika anda semua mengalami situasi yang sama, JANGAN IKUT ARAHAN! Lakukan sesuatu seperti membunyikan hon, terus memandu walaupun terpaksa melanggar kereta yang menghalang itu atau apa sahaja untuk menarik perhatian orang ramai. Mereka mungkin akan kecut perut dan terus melarikan diri.

Gambar Hiasan
gambar hiasan

Sejurus pintu Perodua Bezza milik gadis itu dibuka, salah seorang daripada mereka terus duduk di kerusi pemandu dan terus memandu ke tempat yang lebih terpencil untuk mengelakkan perhatian orang lain.

Gadis itu dipaksa duduk di tempat duduk penumpang sebelum mereka memasuki keretanya dan menutup mata beliau dengan kain berwarna gelap.”
– Timbalan Supt. Ismail Dollah

Mereka kemudian dengan pantas terus merampas barang kemas, jam, telefon bimbit serta beg dompet milik gadis itu. Ketika kejadian, gadis itu dikatakan mempunyai wang tunai RM100 bersamanya di dalam beg dompet.

Gambar Hiasan
gambar hiasan

Pada mulanya, gadis itu tidak mengalah dan cuba untuk mempertahankan barang-barang berharga miliknya namun tindakannya itu menyebabkan salah seorang daripada samseng tersebut menumbuknya. Tidak pasti jika gadis itu mempunyai kesan lebam disebabkan serangan itu.

Kereta itu dipandu sehingga Jalan Tun Razak (Johor) dan mereka meninggalkannya di tempat yang sunyi sepi di sana… Gadis itu terpaksa berjalan sejauh 500 meter sebelum menjumpai sebuah kedai membaiki motorsikal dan meminta tolong.”
– Timbalan Supt. Ismail Dollah

Gambar Hiasan
gambar hiasan

Jangan ambil mudah tentang keselamatan diri. Pastikan anda TIDAK BERJALAN BERSEORANGAN di tempat yang sunyi. Kejadian sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan tak kira di mana.

Berhati-hati terutamanya pada waktu malam dan beritahu rakan-rakan serta ahli keluarga (perempuan terutamanya) supaya pastikan ada yang menemani mereka jika perlu berjalan berseorangan (untuk ke kereta di parkir lot dan sebagainya).

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.