in

Wanita Diserang Samseng Jalanan, Tengking dan Pecahkan Cermin Sisi Kereta di Georgetown

Cermin Sisi Pecah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial apabila gambar seorang lelaki menaiki motosikal dengan memakai baju T berwarna biru dikatakan mengugut dan mengganggu pengguna jalan raya untuk memberi wang kepadanya di Pulau Pinang.


Menurut The Star, suri rumah bernama H.K. Choo sedang memandu di Jalan Cantonment sebelum dia diserang samseng jalanan tersebut yang tiba-tiba naik angin.

Difahamkan juga kejadian tersebut berlaku dua minggu lepas dalam pukul 2 petang ketika mangsa sedang membelok masuk ke sebuah pusat membeli belah sebelum lelaki itu muncul dari Jalan Berjaya.

Lelaki itu menunggang motosikalnya sambil memegang tongkat.”

Ketika saya sedang mencari tempat meletak kereta, dia membuat pusingan U dan datang ke kereta saya dekat sebelah tempat pemandu.”

Dia seterusnya menengking dan memukul cermin sisi kereta. Saya terkaku sehingga tidak tahu hendak membuat apa.”

18670774 1841489992782620 2215308274501581477 N
sumber: facebook

Namun Choo bersyukur cermin keretanya tidak terbuka pada ketika. Ia merupakan pengalaman pertamanya dalam menghadapi samseng jalanan.

Walaupun begitu, Choo tidak membuat laporan polis mengenai hal tersebut. Dia juga teringat akan pesanan mesej WhatsApp yang diterimanya dari seorang sahabat tentang amaran mengenai lelaki yang sama berlegar di sekitar Pulau Tikus, Gurney Drive dan Mount Erskine.

Malah amaran yang sama juga telah dikongsikan ke laman Facebook Penang Kini Press semalam yang memberitahu akan bahaya lelaki tersebut.

Ia juga dimaklumkan bahawa modus operandi lelaki tersebut bermula dengan menuduh pemandu atau penunggang motosikal tidak memberi signal atau memotong jalannya. Dia kemudian akan menengking pengguna jalan raya tersebut dan kadangkala cuba merampas kunci kereta mereka jikalau mereka gagal membayar wang yang diminta.

Pengguna Facebook di laman Penang Kini Press juga ada berkongsi pengalaman bertembung dengan lelaki yang sama di beberapa tempat di Pulau Pinang.

Bully1
sumber: facebook
Bully 2
sumber: facebook

Malah salah seorang dari pengguna Facebook juga mengaku dia mengenali lelaki ini dan mengatakan bahawa lelaki ini mempunyai masalah kesihatan akibat kemalangan yang dihadapinya, di samping tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Bully 3
sumber: facebook

Bukan tidak ada yang mahu membantu, namun sikap lelaki tersebut yang agak kasar membuatkan orang sekeliling takut untuk mendekatinya.

Bully 4
sumber: facebook

Sungguhpun begitu, sehingga setakat ini pihak polis belum lagi menerima apa-apa laporan mengenai salah laku lelaki tersebut.

Hati-hatilah dengan samseng jalanan sebegini. Sebaiknya jangan bertengkar dengannya dan elak dari bertembung kalau mampu. 

Baca: “Suka hati akulah. Aku ada pangkat. Kau ada apa?” – Wanita Pakai Kereta Kerajaan Berlagak!

Capture 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.