in

“Suka hati akulah. Aku ada pangkat. Kau ada apa?” – Wanita Pakai Kereta Kerajaan Berlagak!

Gomen Bongkak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya kerana memakai kenderaan kepunyaan kerajaan, seorang wanita bertindak seperti samseng dengan menghalang kereta seorang lelaki dari memasuki lorong jalan.


Perangai bongkak dan sombong wanita itu telah dikongsikan di Facebook oleh Ashizi Ikram yang kesal apabila kereta Myvi miliknya dihimpit ketika dia ingin memasuki jalan tiga lorong yang menuju ke dua lorong.

18446568 1820890931562057 7821001686053562810 N
sumber: facebook

Menurut Ashizi, wanita tersebut memakai kereta Proton Perdana yang dia jangka sebagai kereta kepunyaan kerajaan. Wanita tersebut yang juga asalnya dari lorong yang sama, tidak membenarkan ‘lamborghini oren’ Ashizi memasuki lorong tersebut setelah dia berjaya mengubah keretanya ke lorong itu.

Lebih menyakitkan hati apabila wanita tersebut membuka tingkap keretanya dan menangkap gambar wajah Ashizi sambil membebel kata-kata tersebut,

Langgarlah, ini kereta ‘gomen’ (kerajaan) tau.”

Ashizi yang masih lagi bersabar membalas,

Eh kak, sombong betul. Kakak pun dari lorong sama dengan saya tadi, selit depan orang.” 

Wanita itu dengan bongkaknya menjawab,

Suka hati akulah. Aku ada pangkat. Kau ada apa?” 

Amboi, amboi! Sedapnya mulut akak…

Selepas puas bertikam lidah, wanita tersebut menutup tingkap keretanya semula. Ashizi juga sempat mengambil gambar wanita tersebut dan merakam gelagatnya yang memandu di lorong kecemasan untuk mengelak dari kesesakan lalulintas.

18447579 1820890944895389 9137377133538220043 N
sumber: facebook

Namun dia memilih untuk tidak menyebarkan rakaman tersebut kerana ingin menjaga aib wanita itu. Walau bagaimanapun, Ashizi sudah menghantar rakaman tersebut kepada pihak yang berwajib supaya wanita tersebut dikenakan tindakan yang sepatutnya.

Dalam satu perkongsian yang lain, Ashizi juga sempat menasihati netizen supaya janganlah bersikap berlagak dengan pangkat dan kenderaan yang dimiliki kerana semua yang dimiliki datangnya dari Tuhan dan pada bila-bila masa saja boleh ditarik balik.

Puaka
sumber: facebook

Apa yang aku harap daripada netizen atas status aku yang dah viral tu, hidup jangan menongkat langit, jangan berlagak sombong walaupun kita ada pangkat atau gaji besar.” 

“Jangan ada ‘double standard’ untuk hormat orang dan sentiasa beringat apa yang kita ada sekarang ini boleh hilang kalau Tuhan tarik balik.” 

557322 4575016372650 1508593972 N
sumber: facebook

Dalam pada itu, perkongsian dari Ashizi ini rata-rata mendapat komen yang positif yang mana kebanyakannya memuji tindakan Ashizi untuk tidak mendedahkan keburukan wanita terbabit.

Baguslah. Tak ada gunanya kita dedahkan keburukan orang, nanti Allah dedahkan semua keburukan kita pula.”

Berapa sangatlah gaji orang berpangkat kerajaan ini. Bukan kaya pun, tapi senang tu bolehlah. Kebanyakan dapat pendapatan lebih pun sebab… hmm malas nak cakap.”

Semoga perkongsian dari Ashizi ini sedikit sebanyak memberi pengajaran yang berguna kepada kita. Tak ada guna bermegah, bila mati nanti semua ditinggalkan juga. 

Baca: Cara Sombong Pelanggan Ini Balas Mesej Akan Buat Anda Rasa Nak Lempang Dia

Malay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.