in

Wanita Dirakam Bersiar-siar Dalam Keadaan Bogel di Petaling Jaya

Page 5

Apa lagi yang paling mencuri perhatian ramai kalau bukan ternampak seseorang berada di tempat awam tanpa seutas benang di badan?

Video rakaman seorang wanita berjalan dalam keadaan bogel dikatakan tersebar luas di aplikasi Whatsapp. Video berdurasi 45 saat itu dilaporkan dirakam di Jalan SS3/29, Taman Universiti, Petaling Jaya kira-kira jam 1.10 tengah hari.

S 1

Di dalam video berdurasi 45 saat itu, wanita berkenaan dirakam tidak berpakaian dan berkaki ayam berjalan ‘mengambil angin’ di deretan kedai kawasan perumahan tersebut.

Dalam keadaan tenang, wanita itu dilihat berjalan menghirup udara segar seperti sedang bersenam di bawah panas terik matahari. Pelajar sekolah serta kereta yang lalu lalang di kawasan berkenaan tidak dipedulikan wanita yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 20an itu.

[sociallocker id=1666]

Naked
sumber: the star

Menurut saksi kejadian, Ray Leong, 25, wanita itu pada mulanya berpakaian lengkap sebelum membuka pakaiannya di lorong belakang dan mula berjalan di sekitar bengkel miliknya.

“Ramai cuba membantunya dan kami turut memberikan selimut untuk menutupi badannya yang terdedah itu,” kata Ray.

Mekanik di bengkel itu juga dikatakan cuba bercakap dengan wanita berkenaan namun menurutnya, dia menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang keluar dari mulut wanita itu.

“Dia bercakap bahasa Mandarin namun ianya tidak masuk akal. Wanita itu turut mengaku berasal dari Vietnam tetapi saya tidak dapat memahami apa yang diperkatakannya,” kata Phuah Jia Chia, 40.

Sekumpulan lelaki di bengkel kereta itu boleh didengari berkata (dalam bahasa Kantonis) wanita itu gila dan sudah berjalan di sekitar kawasan itu beberapa pusingan.

Menurut Phuah, apabila ditanya dimana tempat tinggalnya, wanita itu menjawab Subang Jaya dan apabila ditanya sekali lagi , jawapannya berubah kepada Shah Alam pula.

“Apabila saya berhenti bercakap dengannya, dia mula bercakap seorang diri,” katanya.

Seorang pelanggan di bengkel itu difahamkan menghubungi pihak polis yang kemudian tiba membawa wanita itu.

[/sociallocker]

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, wanita itu dikenal pasti sebagai Fun Hau berasal dari Vietnam dan telah dibawa ke Balai Sungai Way oleh seorang daripada anggota bertugas.

Pemeriksaan mendapati wanita berkenaan tiada dokumen perjalanan atau pasport,” katanya.

A 2

A 3

Fun Hau kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi tindakan selanjutnya.