in

Wanita Ini Dibuang Kerja, Tetapi Diambil Semula Dengan Kenaikan Gaji Sebanyak 50 Peratus!

Projek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ini merupakan kisah Jasmin (bukan nama sebenar) yang berkongsi pengalamannya dibuang kerja setelah berkhidmat sebagai seorang pengurus projek untuk sebuah syarikat perisian di Malaysia.

Selepas Jasmin dipecat, enam minggu kemudian, dia telah diambil bekerja semula oleh syarikat yang sama. Bagaimana ia berlaku?


Ini kisahnya…

Jasmin merupakan seorang pengurus projek untuk sebuah syarikat di Bangsar. Menurutnya, dia telah menyertai syarikat tersebut untuk mengendalikan beberapa projek pembangunan perisian syarikat.

Jasmin berkata, selepas dua tahun, syarikat tersebut mula stabil dan mendapat pelanggan tetap.

Disebabkan kejayaan tersebut, syarikat itu berjanji akan membawa pekerjanya berpindah ke pejabat yang lebih profesional, lengkap dengan sistem yang lebih canggih.

“Namun begitu, kami masih menggunakan komputer riba peribadi untuk kerja. Malah, syarikat juga tidak berkomunikasi dengan baik ketika menjalankan satu-satu projek.

“Lebih mengecewakan, perisian kami gunakan semuanya versi ‘cracked‘,” katanya.

Jasmin berkata, untuk menyelesaikan masalah tersebut, dia mula cipta sistem pengurusan menggunakan Google Spreadsheets

Dibuang Kerja
Gambar hiasan

“Disebabkan kami tidak mempunyai ‘software‘ yang sesuai, saya buat sendiri sistem pengurusan projek (project management system) menggunakan Google Spreadsheets.

“Disebabkan saya yang bina sistem itu, hanya saya yang faham betapa ‘complicatednya’ Google Spreadsheet itu.

“Selagi saya dapat selenggara sistem tersebut dengan baik, syarikat tidak akan mempunyai sebarang masalah asalkan saya dapat menghantar kerja tepat pada masanya,” katanya.

Bagaimanapun, Jasmin berkata, pandangan peribadinya selalu ditentang oleh majikan.

Malah, pemilik peniagaan tersebut juga sering memarahi Jasmin kerana menurutnya, Jasmin hanya membazirkan wang syarikat.

“Bagaimanapun, itu semua tidak benar. Semua cita-cita majikan sebenarnya terlalu besar untuk dicapai kerana kami tidak mempunyai alat dan juga tenaga kerja yang mencukupi.

“Tetapi, disebabkan saya dapat menguruskan projek dengan teratur, saya dapat kenal pasti masalah dan elakkannya daripada berlaku. Malah, banyak kali juga saya temui solusi yang dapat menjimatkan duit syarikat,” katanya.

Namun, pihak atasan hanya nampak Jasmin sebagai pekerja yang ‘kuat melawan’ dan tidak mahu mengakui sumbangannya kepada syarikat.

Syarikat ambil 3 projek baharu tetapi enggan ambil lebih ramai pekerja

Jasmin berkata, syarikat tempat kerjanya berjaya mendapatkan tiga lagi projek besar.

Bagaimanapun, ketika mesyuarat, Jasmin menegaskan mereka perlukan 3 lagi pekerja baharu untuk pastikan semua projek dapat berjalan dengan lancar.

“Tetapi, majikan tidak gembira. Katanya, pengambilan pekerja baharu memakan wang perlu dilatih terlebih dahulu. Dia tolak permohonan saya dan berkata syarikat tidak ada duit untuk mengambil pekerja baru,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Jasmin, data dalam sistem pengurusan projeknya telah membuktikan syarikat tersebut sebenarnya mempunyai wang untuk mengambil tenaga kerja tambahan disebabkan projek-projek sedia ada yang banyak.

“Tetapi, saya diamkan sahaja dan terus bertahan selama 6 bulan,” katanya.

Artikel berkaitan: Kesal Dikecam Pasal Inspektor Sheila, Sharifah Shahira Bakal Saman Penyebar Fitnah Jika Digantung Atau Dibuang Kerja

Artikel berkaitan: Penjawat Awam, Pekerja Swasta Boleh DIBUANG KERJA Jika Terperangkap Di Kampung Masa Musim Perayaan & Tak Masuk Kerja

Jasmin akhirnya dibuang kerja…

Dibuang Kerja
Gambar hiasan

Jasmin berkata, dia tahu dia bakal diberhentikan setelah syarikat tidak memberikannya bonus untuk tahun baharu.

“Saya tahu sesuatu yang buruk akan berlaku apabila syarikat enggan memberikan bonus dan tiada kenaikan gaji. Semua ini saya dapat rasai, lebih-lebih lagi setelah menguruskan projek, orang, dan ego selama 10 tahun.

“Tiba-tiba, ada dua orang pekerja baharu dalam pasukan saya. Gaji mereka berdua jika digabungkan adalah sebanyak 85% daripada gaji saya. Saya tahu saya akan diberhentikan, tetapi saya tetap melatih pekerja baharu melakukan kerja saya,” katanya.

Satu hari, Jasmin dipanggil masuk satu mesyuarat. Pada waktu itu, dia diberitahu bakal diberhentikan dalam masa 2 minggu.

“Saya malas hendak protes. Jadi, saya tandatangan sahaja dokumen tersebut,” katanya.

Setelah diberhentikan, Jasmin tidak lagi ambil tahu mengenai sistem Google Spreadsheets yang dibinanya

“Pada hari saya diberhentikan, saya aktifkan ‘fail safe’. Saya tidak ambil tahu langsung mengenai sebarang data dalam sistem yang telah saya bangunkan itu.

“Mula-mula, masalahnya kecil sahaja. Lama-kelamaan, sistem tersebut terus gagal befungsi,” katanya.

Tiba-tiba, Jasmin dapat tawaran untuk bekerja semula dengan kenaikan gaji sebanyak 50%

Dibuang Kerja
Gambar hiasan

Disebabkan masalah-masalah yang berlaku, syarikat lama Jasmin telah memanggilnya semula dan menawarkan kerja yang sama dengan kenaikan gaji sebanyak 50%.

“Pemilik syarikat bersetuju dengan semua kehendak saya. Dalam masa beberapa minggu, saya berjaya pulihkan sistem tersebut.

“Baru sekarang syarikat hargai saya. Selepas itu, pendapat saya mula dipandang serius oleh pihak atasan,” katanya.

Menurut Jasmin, ada benarnya jika orang kata kerja kita boleh diganti. Bagaimanapun, itu tidak semestinya benar.

“Jika anda membawa perubahan yang besar kepada syarikat, lambat laun mereka akan dapat lihat juga kepentingan serta sumbangan anda,” katanya.

Sumber: InRealLife

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.