in

Penjawat Awam, Pekerja Swasta Boleh DIBUANG KERJA Jika Terperangkap Di Kampung Masa Musim Perayaan & Tak Masuk Kerja

Feat 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri kita dinasihatkan untuk beraya di rumah masing-masing dan hanya dibenarkan ke rumah keluarga jika dalam daerah yang sama, hanya pada raya pertama sahaja.


Namun, meski tidak dibenarkan untuk rentas negeri pasti ada yang terlepas curi-curi balik ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya.

Namun bagi penjawat awam dan pekerja sektor swasta yang kini terperangkap di kampung halaman dan tidak lepas pulang ke KL, mungkin berdepan tindakan dibuang kerja, jika tidak kembali ke pejabat atau tugasan masing-masing, lapor Astro Awani.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Datuk Shamsuddin Bardan berkata…

…pekerja swasta yang terlibat dengan kesalahan itu boleh dibuang kerja jika tidak kembali bertugas ke pejabat selama lebih dua hari berturut-turut.”

Antarafoto Pns1 Dki Jakarta Kembali Bekerja 210618 Rn 1

Manakala bagi penjawat awam pula, menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja akibat terperangkap di kampung halaman menyambut aidilfitri, yang jelas melanggar larangan rentas negeri.

Jika tidak balik bekerja, boleh dikenakan tindakan tatatertib, atau lagi teruk boleh hilang kerja, tetapi jika mahu balik bekerja, akan ‘kantoi’ sebab telah melanggar PKPB, malah terpaksa membayar kompaun pula.”

C10036A2743E032Aeaf84C6158Cf84A05Cde4F9F29E52

Sebelum ini Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada menjelaskan kepada pihak yang terlepas pulang ke kampung halaman, untuk tidak takut menjelaskan kompaun dan tindakan undang-undangan.

Pilihan di tangan mereka, sama ada menjelaskan kompaun atau berdepan risiko hilang kerja.

 

Baca : PDRM Akan Lawat Rumah-rumah Orang Yang Melakukan Perjalanan Rentas Negeri Tanpa Pengesahan

Baca 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.