in

Wanita Bunuh Bomoh Kerana Tidak Puas Hati Rawatan Tak Berkesan Setelah Bayar RM47,457

842793454

Meskipun dunia kini sudah serba serbi moden, masih ada segelintir individu yang percaya akan ilmu ghaib dan kebolehan bomoh dalam mengubati penyakit. Tapi bagaimana pula jikalau bomoh tersebut gagal menyembuhkan penyakit yang dihidapi setelah ribuan wang dihabiskan kepadanya dengan begitu sahaja?

Akibat dirasuk rasa amarah, seorang wanita telah merancang pembunuhan seorang bomoh kerana tidak berjaya menyembuhkan penyakit yang dihidapinya, lapor Coconuts.

Dukun Bola
gambar hiasan

Dewi yang berasal dari Klidang, Batang, Jawa Tengah telah bertemu dengan mangsa, Sugeng Raharjo, 35, seorang bomoh yang kononnya boleh menyembuhkan segala jenis penyakit untuk merawatnya. Hasil rawatan tersebut, Dewi harus membayar wang sebanyak 150 juta rupiah (RM47,475) kepada mangsa.

Namun, hasil rawatan tersebut sangat mengecewakan. Akibat tidak berpuas hati kerana penyakitnya tidak sembuh-sembuh, Dewi meminta wangnya kembali. Pun begitu, Sugeng enggan membayarnya semula.

Dengan itu, Dewi bersama seorang lelaki bernama Wisnu telah merekrut lima orang lelaki untuk membawa Sugeng ke ladang getah dan membelasahnya hingga mati.

Menggorok Leher Bunuh Diri Pembunuhan 20161105 150106
sumber: tribun

Menurut polis daerah Temanggung, mayat mangsa telah ditemui longlai dengan kesan tikaman dan jerutan pada bahagian leher. Selain itu, bahagian kepala mangsa juga telah diserkup dengan plastik. Aduh ngeri! 

Jenayah yang dilakukan suspek terbongkar apabila ada orang awam yang curiga melihat kesan darah pada kereta milik suspek.

Ketujuh-tujuh orang suspek kemudian ditahan setelah seminggu mayat mangsa ditemui orang ramai.

3865393429
sumber: kompas

Menurut Kompas, Dewi telah membayar kelima-lima lelaki tersebut wang antara 600 ribu hingga 1 juta rupiah (RM189 – RM316) berdasarkan tugas yang telah dilakukan mereka. Malah dia juga telah dikatakan sanggup menjual barang peribadi miliknya demi untuk membayar wang kepada pelaku pembunuhan itu.

Kenapalah mudah sangat percaya dengan bomoh? Bila penyakit tak sembuh, bomoh tu pulak nak dibunuhnya! Haih macam-macam…

Baca: “Jangan salahkan makhluk ghaib, jumpa doktor dulu untuk pemeriksaan…”

Dukuntempoco