Bila sebut pasal ibu mengandung ni, mesti ramai yang teruja untuk menunggu mereka melahirkan bayi itu kan. Kadang-kadang tu, ada yang dah buat persediaan berbulan-bulan awal daripada tarikh melahirkan. Tapi tak apa lah, setiap orang lain-lain kan?
Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai seorang remaja lelaki yang sanggup menyambut kelahiran adiknya sendiri dari rahim ibu kandungnya.
https://twitter.com/BowenSuico/status/1212662313888579584?s=20
Remaja yang dikenali sebagai Bowen Suico itu memuat naik tweet beserta beberapa keping gambar di mana dia menjadi bidan untuk ibunya.
“Pada mulanya, masa ibu minta tolong tu, saya agak keliru juga, tapi bila fikirkan balik yang mana ibu sangat memerlukan bantuan, jadi saya tabahkan diri je” Bowen.
Walaupun pertama kali menjadi bidan, Bowen tetap mengutamakan keselamatan serta kebersihan ibu dan bayi tersebut. Dalam gambar itu, dia kelihatan memakai sarung tangan semasa menyambut kelahiran adiknya itu. Ibunya juga di lihat menggunakan sarung tangan juga.
Bayi lelaki itu telah di lahirkan di Cebu City, Central Visayas, Phillippines, dengan hanya bantuan daripada Bowen sendiri.
Tambahnya lagi, ibunya itu merupakan seorang jururawat dan mempunyai 8 orang anak. Jadi dia tidak ada masalah untuk melahirkan bayi cuma dia memerlukan bantuan.
Disebabkan gambarnya yang menyambut kelahiran telah tular, Bowen juga telah di temu ramah oleh stesen tv tempatan dan secara tidak langsung dia menjadi lebih viral lagi.
https://twitter.com/BowenSuico/status/1213264786227527681?s=20
Tapi, dia ni memang berani kan? Tak semua orang berani nak jadi bidan tau. Apa pun, tahniah sebab dapat adik baru, semoga dia membesar dengan sihat dan akan berbakti kepada keluarga kelak.