in

Wanita Bantu Kanak-kanak Sesat di Pusat Beli Belah Terkilan Dituduh Penculik Oleh Netizen

Zhoumain 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan terlalu banyak kes penipuan yang kerapkali berlaku, seorang wanita yang cuba membantu kanak-kanak yang terpisah dari ibunya telah dituduh sebagai penculik.


Kejadian yang berlaku pada 15 Julai lepas di pusat membeli belah Compass One, Singapura ini tular di laman Facebook setelah seorang lelaki bernama David Voo menyuruh netizen berhati-hati dengan mangsa, Mdm Zhou kerana dia cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan, lapor Stomp.

20106392 104138886926185 8552710133209877675 N
sumber: stomp

Menurut David, dia yang juga kononnya saksi kejadian telah melihat ibu kepada kanak-kanak tersebut menjerit memanggil anaknya.

Berminat untuk mengetahui apa yang berlaku, dia telah mengekori wanita tersebut dan terlihat Mdm Zhou sedang ‘memegang’ kanak-kanak perempuan tersebut.

Budak perempuan itu seterusnya dilihat kembali semula kepadanya ibunya dan Mdm Zhou menurut David, kelihatan terpinga-pinga dan seakan-akan ‘misinya gagal’.

Zhoumain
sumber: facebook

Pun begitu, perkongsian tersebut yang juga memuat naik gambar Mdm Zhou telah dipadam selepas wanita tersebut membalas kenyataan lelaki tersebut dalam sebuah post di Facebook.

Zhounew
sumber: stomp

Menurut Mdm Zhou,

“Perkongsian tersebut menuduh saya cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan, walhal saya hanya mahu membantu.” 

“Saya berjalan ke arah budak perempuan itu, cuba untuk menenangkannya dalam tempoh lima minit.” 

“Mereka yang lalu lalang kemudian menyuruh saya membawanya ke kaunter informasi dan saya memang prihatin akan keselamatan budak perempuan itu, memikirkan mungkin dia telah sesat,” menurut Mdm Zhou.

Kemudian pada saat itulah ibu kanak-kanak tersebut muncul dan menjerit nama kanak-kanak tersebut. Budak itu seterusnya kembali kepada ibunya.

“Tujuan saya hanyalah untuk membantu kanak-kanak malang tersebut mencari ibunya. Sebagai seorang ibu, saya memahami kerisauannya.” 

Menurutnya lagi, post yang ditulis David Voo itu telah menuduhnya yang bukan-bukan tanpa mencari kebenaran yang sebenar.

“Post tersebut dengan gambar saya dan anak panah yang menunjuk ke arah wajah saya sangat melukakan hati saya.”

“Jiran dan rakan-rakan saya telah datang bertanya mengapa saya difitnah sebegitu, lalu saya bercadang untuk membuat laporan polis.” 

Melalui perkongsian tersebut juga Mdm Zhou meminta para netizen ‘cuba meyakinkan David Voo akan kebenaran tentang dirinya’ dan lelaki tersebut juga sudah mencalarkan reputasinya.

Screenhunter 1011 Jul. 20 10.38
sumber: stomp

“Ia amat memeritkan. Saya mahu dia memadamkan post tersebut dengan secepat mungkin dan meminta maaf pada saya,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Tidak lama selepas itu, David sendiri telah memberi komen pada post Mdm Zhou yang bertulis,

“Maaf atas kesalahan yang telah saya lakukan. Saya tidak menyedarinya sehinggalah saya membaca perkongsian ini. Saya telah memadam post tersebut dan saya berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini.” 

Dia juga dilaporkan telah menghantar mesej personal kepada Mdm Zhou berkaitan hal tersebut.

Jangan reti nak viral saja. Ada perkara yang kita perlu selidik terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada orang awam. Kalau dah jadi macam ni siapa yang malu?

Baca: Anak Nyaris Diculik: “Tak Dapat Bayangkan Kalau Pintu Itu Tidak Lock”

Culik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.