in

Anak Nyaris Diculik: “Tak Dapat Bayangkan Kalau Pintu Itu Tidak Lock”

Kidnap

Imej atas untuk tujuan visual sahaja

Selalu kita dengar kes penculikan dan kanak-kanak hilang berlaku di Malaysia. Kebanyakkannya adalah disebabkan kecuaian ibu bapa. Bukan mahu menuding jari atau menakutkan, tetapi keselamatan memang harus dijaga, tak kira di mana.

Seperti yang dikongsikan oleh Aishah Hishamudin:

“Ya Allah, mengigil satu badan..”

Difahamkan anaknya, Naziha bersama dengan kedua ibu bapa beliau keluar ke kedai. Ketika berhenti di lampu isyarat, sebuah kereta Toyota Hilux berwarna putih berhenti di tempat duduk pemandu.

“Pemandu Hilux terus ke tempat Naziha duduk dan cuba untuk membuka pintu”

Naziha ketika itu duduk di sebelah tempat pemandu tetapi nasib menyebelahi mereka kerana pintu kereta memang dikunci sejak awal lagi. Ayah beliau sempat bertanya kepada orang tersebut, tapi mereka terus naik kereta dan bergerak.

“Tak dapat bayangkan kalau pintu itu tak lock”

Tutup-Pintu

Kisah Aishah ini elok dijadikan pengajaran pada semua terutama ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil. Ambil iktibar dan sentiasa beringat tentang hal keselamatan anak-anak. Berwaspada dengan keadaan sekeliling, jangan lalai dan dedahkan keluarga anda dari menjadi mangsa orang sebegitu.

Setiap kelalaian kita adalah peluang buat mereka. Ingat tu!

Tumblr Lnm6Ypz9711Qfnvv6