in

“Walaupun dibesarkan tak sama macam orang lain, tapi…”

Syafiq Saleem

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita sedih pemergian legenda penyanyi 80an, Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majeed.


Penyanyi kumpulan Iklim tu menghembuskan nafas terakhirnya jam 6.15 pagi selepas 22 hari dimasukkan ke ICU di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.

Saleem Icu 1
sumber: blog

Ramai rakan artis dari dunia seni hiburan tanah air sudah tentu merasa kehilangan dan kongsikan kisah mereka namun semestinya yang paling terasa adalah darah daging arwah sendiri, anaknya, Syafiq Farhain.

Menurut mStar, ketika mendapat berita, Syafiq akui tidak mampu menggambarkan perasaan sedih kehilangan insan tersayang. Mestilah, bapa sendiri yang meninggal kan 🙁

Syafiq 1

Syafiq 2
sumber: youtube

“Saya tak tahu nak cakap apa, speechless! perasaan saya sama macam orang lain yang sudah tiada orang tersayang.

“Walaupun dibesarkan tak sama macam orang lain, namun perginya bapa dari dunia ini buat selama-lamanya adalah satu kehilangan.”

Bagaimanapun, Syafiq sudah reda dan sentiasa mendoakan ayahnya. Sudah pasti, kata-kata nasihat ayahnya itu akan diingati sampai bila-bila.

“Saya reda dengan ketentuan ini dan berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

“Dia berpesan nyanyi dengan ikhlas dan sentiasa buat baik dekat semua orang. Semoga semua peminat tabah dan doakan yang terbaik untuk arwah.”

Saleem 1
sumber: fmt

Pelantun lagu Suci Dalam Debu itu dimasukkan ke ICU lepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 September lalu kira-kira jam 3.20 petang.

Saleem yang menunggang motosikal dari arah Kajang menghala ke Cheras dilaporkan merempuh sisi kiri bahagian hadapan sebuah kereta yang mahu masuk ke susur pejabat Grand Saga di Plaza Tol Batu 11, Kajang.

Kemalangan tu menyebabkan 12 tulang rusuknya patah termasuk salah satu daripadanya tertusuk paru-paru. Jenazah selamat dikebumikan semalam pada 2.15 petang semalam di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras.

Jenazah Saleem
sumber: astro awani

Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Allahyarham dan ahli keluarga. Al Fatihah…

Baca: Saleem Iklim Meninggal Dunia Selepas Kemalangan

Saleem

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.