in

Wabak Black Death : Virus Dari China Yang Pernah Bunuh 200 Juta Orang Pada Kurun Ke 13

Blackdeath

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan kes Coronavirus yang semakin membimbangkan seluruh rakyat dunia, ia mengingatkan admin pasal satu perkongsian daripada @PopPelangi ini, satu wabak yang wujud pada 2,600 tahun dahulu.


Wabak itu dikenali sebagai Black Death dimana ia telah membunuh sekitar 200 juta orang dari seluruh dunia, wabak ini merebak dari satu tempat ke satu tempat tak ubah macam Coronavirus ini.

Tapi, wabak ini lagi teruk, ia telah mengorbankan paling ramai orang dalam sejarah yang direkodkan.

 

Berlaku dari 1346 hingga 1353. Membunuh 200 juta orang dan mengubah sejarah dunia terutamanya dalam sanitasi.

Wabak ini berasal dari bakteria bernama Yersinia pestis. Datangnya dari dari kawasan Gurun Gobi di kawasan barat China.

Ety9Khzvaai2B2V

Wabak ini sering menyerang kawasan tersebut dan kawasan berhampiran seperti di Mongolia atau Siberia. Apabila penaklukan Genghis Khan di seluruh Eurasia pada 1206, Eropah dan Asia berdagang di bawah panji Pax Mongolica.

Namun, ada sekitar 1260an konflik berlaku dalam perebutan kuasa antara khan-khan dalam empayar, selepas kematian Möngke Khan pada 1259, berlakunya perang saudara antara dua keluarga panglima tentera tertinggi Mongolia, keturunan Ögedei, dan penyokong Kublai Khan.

Ety9Lr8Uuacqstx

Peperangan ini menyebabkan perdagangan pun semakin terabai dan keselamatan para pedagang dari Eropah ke Asia tidak dijaga dengan baik.

Empayar Mongolia kemudiannya berpecah empat iaitu Yuan (menguasai China), Kipchak Khanate (kaum Tatar) atau dikenali sebagai Golden Horde hagatai Khanate yang dikuasai keluarga Ögedei di kawasan Uighur, dan Ilkhanate di sebelah barat terutamanya di kawasan bekas jajahan Mongolia yang berbangsa Parsi dan Arab.

Disebabkan itu, wabak yang sering merebak di kawasan Gurun Gobi itu mula merebak di semua wilayah.

 

Berpunca dari kutu tikus

Wabak itu berpunca daripada kutu tikus yang menaiki karavan pedagang kemudian bersarang di dalam karavan. Wabak itu mula dikesan di Issyk Kul, di Kyrgyzstan pada 1338. Issyk Kul adalah salah satu tempat rehat para pedagang kerana di situ terdapat sebuah tasik untuk sumber air.

 

Pada 1346, ia merebak ke India, Iraq, Syria, dan Armenia

Ety9Nmeu0Aad2Ps

Selepas wabak itu menyerang keempat-empat tempat ini, ia mula merebak ke Kota Istanbul yang pada masa itu dikenali sebagai Constantinople. Hampir sepatuh penduduk di Istanbul maut akibat serangan wabak itu.

Ia kemudian menyerang Crimea dan Venice, sebelum ke seluruh Itali pada 1347 dan 1348, kemudian merebak teruk di pelabuhan Marseille di Perancis pada tahun 1348.

 

Merebak ke Gaza, Baitulmuqadis, dan Makkah juga dijangkiti pada 1349.

Ety9O6Cuyau5A 7

Waktu itu ada satu fahaman yang degil mengatakan mereka sanggup kena wabak itu semata-mata nak mengerjakan ibadah haji.

Kata mereka. mati akibat terkena wabak itu merupakan mati syahid. Bagaimanapun ramai ulamak menegah orang ramai kerana ia membahayakan diri.

Pada 1350 dan 1351 ia merebak ke England, Scotland, Jerman, Norway, Sweden, Finland dan akhirnya Russia pada 1352.

Wabak ini mula reda selepas tahu punca daripada tikus dari karavan, dari sinilah mulanya tercipta racun tikus.

 

Simptom-simptom terkena penyakit ini

Hujung jari berwarna hitam, serta terdapat bengkak-bengkak pada perut, leher, peha dan ketiak. Ia kemudian diikuti demam panas, muntah darah hingga mati.

Ety9Qjyueaabqth Ety9Ry1U4Aaktx2

Kutu tikus ini yang membawa kuman tersebut. Kutu ini kemudiannya berjangkit ke rambut manusia sebelum memindahkan bakteria tersebut kepada manusia.

Serangan wabak tersebut hampir melumpuhkan Venice sebagai pusat perdagangan utama pada ketika itu.

Ety9R0Pu0Aebb4V

Berbicara tentang Black Death ini, admin baru teringat sumber yang sama pernah kongsikan satu kisah pasal lagu yang berjudul Ring Around The Rosie, dimana desas desus mengatakan siualan kanak-kanak ini berasal daripada wabak Black Death ni, korang boleh rujuk kisah ini dibawah.

 

Baca : “Mengisahkan ritual korban kanak-kanak” – Cerita Hitam Disebalik 5 Lagu Kanak-kanak Yang ‘Catchy’ Ini

Lagukanakkanak

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.