“Mengisahkan ritual korban kanak-kanak” – Cerita Hitam Disebalik 5 Lagu Kanak-kanak Yang ‘Catchy’ Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Masa kita sekolah tadika dulu mesti lagu-lagi macam London Bridge Is Falling Down, Baa Baa Black Blacksheep ataupun Three Blind Mice kan? Lepastu bila dah besar dan kita akan nyanyikan semula lagu ni buat anak sendiri mahupun anak buah kita.

Namun begitu, asal usul lagu ini sebenarnya berkisarkan tragedi-tragedi gelap pada zaman dahulu kala. Siap ada yang berkait pasal kematian pun ada.

 

1. BAA BAA BLACK SHEEP

Menerusi perkongsian daripada Puan Elena, lagu ini sebenarnya merupakan lagu protes terhadap cukai bulu kambing yang dilaksanakan oleh Raja Edward I pada 1275, kerana mahu membiayai perang menentang pemberontakan di Wales, berperang dengan Scotland dan Perancis.

Ia menyentuh sistem kelas pada zaman itu dimana bagaimana harta negara dibahagikan. Master merujuk pada Edward I, dame merujuk kepada tuan tanah, dan ‘little boy who lives down the lane’ merujuk kepada harta rakyat yang dibahagi semuanya.

Lagu ini juga turut digunakan oleh golongan anti penghambaan di England pada kurun ke-18 dan di Amerika Syarikat di era sebelum Perang Saudara, merujuk kepada penghambaan kaum Afrika di negara tersebut.

Pada asalnya ia tidak mempunyai melodi, dan melodi ditambah pada tahun 1740 berdasarkan lagu rakyat Perancis, Ah! Vous dirai-je, maman dan muziknya kemudian diolah oleh Mozart pada 1781. Selain Baa Baa Black Sheep, lagu ABC dan Twinkle-twinkle Little Star juga berdasarkan melodi ini.

 

2. LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN

London Bridge Is Falling Down mempunyai banyak teori. Antaranya adalah serangan tentera Olaf II dari Norway ke atas England pada 1014 yang meruntuhkan jambatan di Sungai Thames.

Lagu ini juga dikatakan mengisahkan ritual korban kanak-kanak yang dilakukan secara ritual pada satu masa dahulu.

Walaupun pakar sejarah tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut. Selain itu, lagu ini juga dikaitkan dengan kebakaran besar London pada 1666 yang mengakibatkan jambatan itu musnah akibat kebakaran tersebut.

Bagaimanapun yang popular ialah tentang korupsi semasa pembaikan jambatan ini di zaman Henry I, dimana kos membina jambatan ini dikatakan disonglap oleh gundik baginda, Matilda dari Scotland.

 

3. THREE BLIND MICE

Lagu ini dikatakan berkisah tentang hukuman bunuh terhadap 3 paderi Anglikan oleh Ratu Mary yang menganut Katolik.

Ratu Mary, dikenali sebagai Bloody Mary membutakan mata paderi-paderi ini, mengikut catatan sejarah, paderi-paderi ini dibakar hidup-hidup.

Dikatakan maksud “3 blind mice” itu merujuk kepada paderi tersebut yang “membutakan” hati mereka dengan menolak ajaran Katolik.

Lagu ini ditulis oleh Thomas Ravencroft, merujuk kepada peristiwa sejarah tersebut.

 

4. RING AROUND THE ROSIE

Walaupun ramai yang mengaitkan lagu ini dengan Black Death yang berlaku pada 1347-1351 akibat wabak bubonik, yang mengakibatkan kematian 200 juta orang, tetapi ia sebenarnya mengisahkan Second Pandemic yang berlaku di London pada 1665.

Wabak bubonik yang berasal dari tikus, dikatakan membiak akibat dari kencing dan najisnya, disamping pembentungan najis yang tidak sistematik.

 

5. JACK AND JILL

Ada banyak kisah yang berkait tentang lagu ini, antaranya mengisahkan tentang cerita komedi pada zaman Elizabethan sekitar 1560an.

Pun begitu ada yang mengaitkan tentang pembunuhan Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinette dalam Revolusi Perancis 1789-91.

Hurm, agak menyeramkan juga sebenarnya kalau jadi siulan kanak-kanak, tapi lagu ini hanya sekadar kisah dan tiada apa yang boleh mempengaruhi mereka. Kalau ikutkan kita melayu pun ada kan, macam Nenek Si Bongkok 3 dan Ulek Mayang tu.

 

Baca : “Trak 1 tan FRU terperosok bawah bas ekspres”- Tragedi Berdarah Disebalik Lagu Pusara Di Lebuhraya, Pendedahan Kisah 11 Anggota Maut

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?