in

“Virus itu datang dari tempat lain” – Kajian Terkini Dapati Covid-19 Bukan Berpunca Dari Pasar Haiwan Di Wuhan

Untitled Collage 69

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh dunia terus mencatatkan peningkatan, dan terbaharu Asia Barat mula menjadi lokasi penularan wabak tersebut — melibatkan Iran dan Lubnan.


Dan sebelum ini, telah banyak laporan yang kita baca berhubung kajian penyelidik untuk mencari dari mana puncanya novel coronavirus ini, yang telah mengakibatkan kematian dan mengancam jutaan nyawa manusia.

Ada yang mengesyaki ia berpunca dari sebuah pasar di Wuhan, yang terkenal dengan aktiviti jual beli haiwan eksotik. Dari situ, pengkaji juga mengesyaki virus tersebut datang dari pelbagai jenis haiwan antaranya termasuk kelawar, ular dan tenggiling.

Namun, dalam kajian genetik terkini pula — sekumpulan penyelidik dari beberapa universiti seluruh China mendapati coronavirus jenis baharu itu bukan berpunca dari pasar tersebut.

Wuhan Pneumonia Virus Wholesale Seafood Market

NHK melaporkan, kumpulan saintis itu telah menganalisis data genetik daripada 93 sampel virus yang diambil dari 12 negara terjejas.

Hasilnya menunjukkan bahawa virus yang pada mulanya ditemukan di pasar itu sebenarnya berpunca dari sebuah lokasi lain — sebelum ia mula merebak secara berleluasa di pasar terbabit.

Untuk menyokong dapatan mereka juga, saintis berkata ia diperkuatkan lagi dengan kajian mereka terhadap tempoh waktu kesemua mangsa jatuh sakit.

Jelas mereka, virus itu mula merebak pada dua tarikh penting — iaitu sekali pada 8 Disember 2019 dan 6 Januari 2020. Malah, jangkitan antara manusia ke manusia juga dipercayai sudah bermula sejak penghujung November lalu.

Mereka turut menegaskan, sekiranya satu sistem amaran awal berhubung penularan wabak itu dikeluarkan sejak awal Januari lalu — virus itu mungkin dapat dikawal daripada menular ke seluruh dunia dan bertukar menjadi epidemik yang membimbangkan.

 

Baca: Malaysia Perlu Bersedia Hadapi Penularan Jangkitan Tempatan Covid-19: Pakar

Untitled Collage 68

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.