in

“Meremang tengok” – Puluhan Belut Hidup Merayap Dalam Tren Buat Penumpang Panik!

Belut Hidup Dalam Tren

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kejadian mendebarkan berlaku di sebuah tren bawah tanah di Jiangsu, China apabila perjalanan biasa penumpang bertukar menjadi kecoh selepas berpuluh-puluh ekor belut tiba-tiba ‘melarikan diri’.

Kejadian berlaku pada Isnin lalu selepas sebuah baldi plastik berwarna merah milik seorang warga emas dipercayai terbalik ketika berada di dalam gerabak.


Menerusi video tular, warga emas itu dipercayai membawa tiga buah baldi plastik berpenutup, namun salah satunya terbalik membuatkan puluhan ekor belut terlepas dan merayap di atas lantai tren.

Suasana kemudian bertukar kecoh sebelum beberapa penumpang dilihat terus membongkok dan cuba menangkap belut yang licin itu.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: “Seram!” – China Dilanda Banjir Besar, 900 Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Cetus Panik

Artikel berkaitan: Detik Cemas Di Stesen LRT Gombak, Penumpang Terjatuh Atas Landasan Selepas Pitam

Kejadian itu turut mencetuskan perbincangan dalam media sosial mengenai bagaimana haiwan hidup berkenaan boleh melepasi pemeriksaan keselamatan sebelum dibawa masuk ke dalam tren.

Menerusi Peraturan Transit Rel Nanjing, semua haiwan peliharaan, kecuali anjing K9 tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam tren. Bagaimanapun, tiada peruntukan khusus berkaitan haiwan akuatik hidup.

Sementara itu, penumpang yang sempat merakam detik terbabit mendakwa pihak pengurusan tren telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Pihaknya turut mengesahkan bahawa gerabak yang terlibat akan menjalani proses pembersihan serta sanitasi menyeluruh sejurus selepas insiden berkenaan bagi memastikan keselesaan dan kebersihan penumpang lain terjaga.

Sumber: Must Share News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.