in

Malaysia Perlu Bersedia Hadapi Penularan Jangkitan Tempatan Covid-19: Pakar

Untitled Collage 68

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumlah jangkitan Covid-19 yang dilaporkan di seluruh dunia sudah pun mencecah 77, 270 kes. Ini berdasarkan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam laman Twitternya hari ini.


Jumlah jangkitan di Malaysia pula adalah sebanyak 22 kes, dengan 17 daripada pesakit telah dibenarkan pulang kerana telah sembuh. Manakala lima lagi masih menjalani rawatan di hospital.

Semalam, bekas Timbalan Ketua Pengarah KKM Datuk Dr Christopher Lee berkata — negara perlu bersedia dengan jangkitan tempatan terhad COVID-19 seperti dihadapi negara-negara jiran.

Memetik laporan The Star, Dr Lee berkata — meskipun semua kes di Malaysia mempunyai kaitan dengan pelancong luar negara, namun kita tetap perlu bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan kes jangkitan tempatan seperti dialami Jepun dan Korea.

Capture 4

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan kakitangan perubatan agar mengamalkan langkah kawalan jangkitan secara berterusan, selain mengenyah kuman pada setiap permukaan yang disentuh orang ramai dan pesakit — kerana virus itu boleh merebak menerusi titisan dan jangkitan kontak.

Jadi ingat, orang ramai perlu sentiasa menjaga tahap kebersihan diri untuk mengelak daripada dijangkiti virus. Ini adalah antara langkah pencegahan yang boleh diambil khususnya jika berada di tempat-tempat awam.

Pencegahan Pusat Belibelah Bm

Jika perlukan sebarang update terkini, boleh rujuk laman web ini.

 

Baca: “Kenapa tak terus bagi China, mesti ada agenda ni” – Saintis AS Dakwa Dah Jumpa Vaksin COVID-19, Tapi Netizen…

Featured 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.