in

Viral Video Kakak Senyum Sinis Lepas Tiup Birthday Cake Adik, Ini Kisah Dua Adik Beradik Yang Tiba-Tiba Viral di Media Sosial!

Adik Beradik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, viral di Twitter video dua adik beradik dilihat bergaduh depan birthday cake.



Daripada video tersebut kita boleh lihat, si adik sambut birthday dan nak tiup lilin pada kek hari lahirnya tapi si kakak pulak yang duduk di tepi sabotaj adik dan pergi tiup lilin tu terlebih dahulu.

Si adik yang geram dengan apa yang kakak dia buat, haa dia apa lagi pergi tariklah rambut kakak dia.

Part yang buat ramai netizen tertarik ialah apabila si kakak dengan tanpa rasa bersalah, senyum sinis pada adiknya selepas dia dah tiup lilin pada kek si adik dan rambutnya kena tarik. Amboi diva betul ye kau dik? Tak ada rasa bersalah langsung! Hiks! 

Apa-apapun video ini telah mendapat hampir 80,000 retweets dan 400,000 likes di Twitter dan rata-rata netizen memang terhiburlah dengan keletah adik beradik ni.

 

Siapa adik beradik ni? 

Bagi korang yang curious nak tahu siapa adik beradik ni, menurut Cafe Mom, mereka ialah Maria Eduarda, 3 dan Maria Antonia, 6 yang berasal dari Brazil.

Video yang viral tersebut juga sebenarnya telah dirakam oleh ibu angkat mereka aka makcik mereka sendiri iaitu Gabriela Aureluk.

Menurut Gabriela, semasa video tu dirakam si kakak, Maria Antonia memang agak annoyed sikit dengan si adiknya yang mendapat banyak perhatian dek kerana sambutan hari lahir tersebut.

 

Bila dah ramai orang ucap Happy Birthday pada Maria Eduarda, mulalah si kakaknya buat perangai.

Sebenarnya mereka sekeluarga pun tak sangka yang video tu nak viral. Malah ibu kepada kedua-dua anak tersebut pun agak terkejut dengan apa yang berlaku.

“Saya tak ada Twitter, jadi kami takut sikit. Video di Instagram telah ‘meletup’, di Facebook pun ‘meletup’. Ibunya tengah alami ‘heart attack’ kat sini,” kata Gabriela.

 

“Sejam mereka bertampar, sejam lagi mereka berpeluk” 

Menurut Gabriela, kebiasaannya adik beradik ini berbaik saja antara satu sama lain. Lepas kejadian ‘birthday cake’ tu, mereka kembali okey macam biasa.

Katanya lagi, biasalah memang resam adik beradik bergaduh tak kira masa.

Biasalah adik beradik bergaduh. Satu jam mereka bertampar, satu jam lagi mereka berpeluk,” katanya lagi.

Siapa yang kuat bergaduh dengan kakak atau adik dia? Haa share sini pengalaman korang. 

Baca: “Bagus bro, janji ditepat” – [Video] Lawak! Remaja Potong Rambut ‘Style Umbrella’ Selepas Dapat 1 Million Komen Di Facebook

Rambut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.