“Boleh berlaku pendarahan” – Hilangkan Migrain? Doktor Jelaskan Bahaya Buat ‘Scalp Poping’

Tambah ke Sumber Pilihan
“Boleh berlaku pendarahan” – Hilangkan Migrain? Doktor Jelaskan Bahaya Buat ‘Scalp Poping’

Pernah tak korang buat scalp popping (rentap rambut) sampai ada satu bunyi macam ‘pop’ di kepala untuk hilangkan migrain?

Untuk pengetahuan, perbuatan itu sebenarnya amat berbahaya, boleh berlaku jangkitan kuman dan pendarahan. Nak tahu sebab apa?


Lapisan dalam kulit kepada terkoyak 

Menerusi perkongsian daripada seorang doktor yang lebih dikenali sebagai @drwanshare di TikTok ini, beliau menjelaskan sebenarnya kaedah ini tiada manfaat langsung selepas membuat kajian, sebaliknya hasil pencarian menerusi jurnal perubatan mendapati bahawa ia lebih menjerumus ke arah keburukan.

Ini kerana mereka yang mengamalkan teknik ini mendakwa bahawa ia jauh lebih mujarab daripada telan pil untuk hilangkan rasa itu.

“Kalau lah mujarab, doktor tak payah susah-susah prescribe ubat paracetamol, ubat migrain semua tu eh, membazir duit kerajaan ja. “

Dr Wan ada menunjukkan hasil pencarian tersebut, kesemua hasil pencarian itu dinyatakan oleh doktor pakar.

“Itu yang dikatakan oleh doktor pakar, bukan doktor level-level macam aku.”

Tambahnya, bunyi ‘letupan’ yang terhasil daripada tarikan itu sebenarnya adalah koyakan satu lapisan yang dipanggil Galea (lapisan keras tisu berserabut padat yang meliputi bahagian atas tengkorak). Pendek kata, ia sebenarnya adalah bunyi galea tertanggal yang ada dalam kepala kita tu.

GaleaaponeuroticaSumber: Operative Neurosurgery

Berlaku pendarahan, boleh menyebabkan jangkitan kuman

Berbalik kepada penjelasan Dr Wan tadi, disebabkan tarikan itu, lapisan Galea terkoyak, ia berlaku pendarahan dan sekaligus boleh menyebabkan jangkitan kuman di bahagian akar rambut.

“Boleh kena radang, Folliculitis, daripada nak release tension headache terus mendapat jangkitan. Korang nak macam tu?”

Attachment Screen Shot 2021 10 14 At 10.36.50 AmSumber: Gambar Hiasan

Namun begitu, beliau turut menyatakan bahawa punca migrain masih belum diketahui bahkan saintis sendiri belum tahu puncanya, tetapi mereka ada membuat hipotesis bahawa punca migrain ini adalah pembuluh darah berkembang di salur darah kepala dan menyebabkan receptor sakit.

Jadi, kaedah tarik rambut untuk hilangkan migrain sebenarnya tiada kena mengena sebagai langkah mengubatinya.

Baca : “Jangan salah beli!” – Ini Jenis-Jenis Paracetamol Dengan Kegunaannya Yang Korang Kena ‘Alert’

Page Panadol New

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Boleh berlaku pendarahan” – Hilangkan Migrain? Doktor Jelaskan Bahaya Buat ‘Scalp Poping’
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/boleh-berlaku-pendarahan-hilangkan-migrain-doktor-jelaskan-bahaya-buat-scalp-poping/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM