in

“Dia mangsa bukan pendera” – Netizen Dedah Bukti Mengejutkan Selama Ini Johnny Depp Didera Isteri Sendiri!

Johnny Amber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang tengok filem Edward Scissorhands, Pirates of Caribbean dan Charlie Chocolate Factory mesti minat gila kan dengan lakonan mantap Johnny Depp. Tapi sejak akhir-akhir ni, kita dah jarang tengok filem yang ada lakonan Depp sebab dia terpalit dengan kontroversi kononnya mendera bekas isteri.


But you guys know what? Semalam timeline media sosial meletop gara-gara netizen mula reveal bukti rupa-rupanya Depp ni yang jadi mangsa dera isterinya. Bukan dia yang dera si isteri, Amber Heard! Whaaat??

1551763197 Johnny Depp Amber Heard
sumber: ibt

Berikut admin serta bukti dan tuduhan yang didedahkan netizen menunjukkan Johnny Depp selama ini telah didera isterinya. Jarang sungguh kita dengar kes suami didera isteri ye!

 

Bukti 1: Amber tuduh Depp mengamuk dalam flight, tup-tup Depp yang cedera? 

Menerusi siri tweet netizen bernama Lazarus, dia mendedahkan satu insiden yang melibatkan pasangan suami isteri ni di dalam flight ke Tokyo semasa Depp ingin buat press tour filem terbarunya, Lone Ranger.

Masa tu, Amber claim yang dia terpaksa menyorok dalam tandas sebab takut gila dengan perangai Depp yang menjadi-jadi akibat minum arak dan merokok berlebihan. Tapi surprisingly bila turun flight, Amber elok je takde kecederaan dan Depp pulak yang cedera di bawah dagu. 

No Injuries

Dvsfuwvw0Ai3Sms

Dvsfuxwx0Aeor71

Injuries
sumber: twitter

 

Bukti 2: Tuduh Depp tarik rambut, tumbuk bibir dan cekik leher tapi… 

Sekali lagi Amber tuduh Depp pukulnya tapi kali ini lebih teruk apabila dia claim si suami (bekas suami sekarang) tarik rambutnya, tumbuk bibirnya, mencekik leher dan menghentak kepala hingga hidung Amber hampir patah.

Tetapi seperti yang korang agak, Amber elok sihat je tak ada cedera. Balik-balik Depp yang nampak cedera sana sini.

Pukul

Dvsta Exgaatuae

sumber: twitter

 

Bukti 3: Baling botol arak pada Depp sehingga tangan cedera parah? 

Kecederaan ni yang admin rasa paling ngeri. Dalam satu insiden pergaduhan suami isteri ni, Amber yang tengah marah dikatakan telah membaling botol arak ke arah Depp sampaikan tangannya cedera parah. Uish Depp ni tinggi kesabarannya ye! 

Hand 1

D0Wqncix0Aauddh

D1Imzw4Wsaa9Bvz
sumber: twitter

 

Lain-lain kecederaan yang Johnny Depp alami

Selain dari kecederaan di atas, gambar kat bawah ni adalah kecederaan lain yang dialami Depp selepas didera isterinya. Kesian tengok bawah mata Depp blue black kena tumbuk.

D1Imey2X4Aacv7Z

D00Ws9Fx4Auulsx
sumber: twitter

Menurut peguam Depp, tuduhan isterinya sebelum ni yang cakap Depp ni pendera hanyalah tipu semata-mata sebab Amber nak orang beri publisiti yang positif terhadap dirinya. Sebaliknya dia yang mendera Depp dan ada buat kenyataan bersumpah yang mengaku memang dia telah bertindak ganas kepada suaminya.

D1Iomrtxqaavw4J
sumber: twitter

Depp jugak pada masa yang sama menuduh Amber pernah ada affair dengan pemilik Tesla, Elon Musk sebulan lepas dorang berkahwin, lapor IBT. Hadoiii… teruknya perangai! 

Elon Musk
sumber: instagram

Tak sangka Jack Sparrow pun kena dera dengan isteri. Apa-apapun bertabahlah. Harap lelaki dengan situasi yang sama bangkit dan tuntut keadilan atas apa yang mereka alami. 

Baca: Kena Dera Mental Dan Fizikal, Suami Takut Dengan Isteri Sampai Tidur Dalam Kereta

Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.