in

“Suami tak kena pulak?” – Isteri Cukur Kepala Budak 15 Tahun Lepas Nampak Dia Lagi Pandai ‘Sedapkan’ Suami

Woman Sees Husband Having Sex With 15Yo In Salon Chair Shaves Off Girls Hair As Punishment World Of Buzz

Kenapa bila ada kes suami atau isteri curang, mesti orang ketiga yang kena ‘ganyang’?

Seorang pemilik salon rambut di Vietnam nampak suaminya sedang melakukan hubungan seks dengan seorang budak perempuan berusia 15 tahun dalam kedainya. Sebagai hukuman, wanita ni buat keputusan untuk cukur kepala remaja tersebut.

Menurut WORLD OF BUZZ, remaja perempuan ni terpaksa berpindah ke bandar untuk belajar tentang kecantikan dan dah pun bekerja untuk pemilik salon ini sebagai pendandan rambut.

Semuanya bermula bila wanita ni perasan, setiap kali suami dia datang untuk tolong-tolong di salon tersebut, suaminya dan budak perempuan ni selalu main mata.

Tambah mencurigakan lagi, suaminya makin kerap datang ke kedai dan selalu buat alasan supaya pemilik salon ini tinggalkan kedai tersebut.

Satu hari, wanita ini buat keputusan untuk test suaminya. Dia buat alasan untuk keluar dari kedainya dan tinggalkan suaminya dan remaja tersebut berduaan di kedainya.

Lepas beberapa minit, dia datang semula ke kedai dan lihat mata suaminya ditutup dengan tuala sementara remaja itu di berada di atas badan lelaki tersebut sambil berikan urutan badan ke badan.

Wanita ni naik ‘hantu’ bila nampak remaja tersebut mempunyai sex skills yang lebih hebat dari dia. Dia kemudian mengarah suaminya dan remaja tersebut untuk memakai baju dan mula menghukum mereka.

Awalnya, pemilik salon ini mula memukul dan menendang remaja tersebut sambil menjerit kemarahan. Dia juga telah menarik rambut budak ini dan tolak kepala dengan kasar.

Tak cukup dengan itu, wanita ini kemudiannya mengambil pencukur rambut dan mula mencukur rambut budak malang tersebut.

 

Keseluruhan insiden ini telah direkodkan oleh orang lalu lalang dan meletakkan video di media sosial. Video ini terus mendapat perhatian ramai dan apabila pihak polis mendapat laporan, mereka bergegas ke salon. Setibanya di tempat kejadian, mereka melihat banyak rambut bertaburan di atas lantai.

Pihak polis kemudian menahan tiga individu ini untuk disoal siasat.

Peguam di Saigon berkata, disebabkan remaja tersebut baru berusia 15 tahun, keseluruhan insiden ini merupakan kes rogol walaupun remaja tersebut merelakan atau tak. Sebab itu, lelaki tersebut telah didakwa kerana merogol budak bawah umur dan remaja itu dibebaskan.

Sementara itu, pemilik salon telah ditahan kerana tindakannya ini dikira sebagai penderaan.

Yang peliknya, kenapa orang lalu lalang tu tak halang wanita ni dari terus dera budak tu? Dari mula sampai habis, rakam je? Wow..

 

Baca: “Dia pun curang juga” – Wanita Tak Boleh Terima Suami Mengandungkan Perempuan Lain, Lepas Tu…