in

“Viral tunjuk bodoh diri sendiri” – Video Pemandu Teksi Sibuk Nak Tuntut Resit Sambil Tengking Pekerja Tol

Teksitol10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sikap netizen ni, kalau tak viralkan sesuatu memang  tak sah, ada perkara viral yang boleh kesedaran kepada masyarakat umum. Ada juga yang suka mencetuskan kemarahan orang ramai.


Cuma kali ini lain sikit, dah terang-terang ada notis di plaza tol tidak menyediakan resit, tetapi pemandu teksi ini tak sudah-sudah maki pekerja tol tersebut.

Sikap beginilah buatkan sentimen negatif terhadap pemandu teksi lain di negara ini makin tercemar! Siap cuba nak viral kan lagi!

 

“Saya dah bayar RM3.70, saya nak resit!”

Video yang berdurasi, 4 minit 41 saat itu menunjukkan pemandu teksi menggesa pekerja tol untuk memberikan resit di tempat yang tidak menyediakannya.

Sudah terang-terang ada notis tiada resit, dia tetap memarahi pekerja tersebut kerana menyuruhnya untuk tuntut melalui atas talian.

” Dia tak nak bagi RM 3.70 saya pakai meter bukan saya nak pakai duit sendiri saya nak keluarkan, kalau dia tak nak bayar macam mana, saya tak ada bukti, saya laluan tol, kalau SPAD pun tanya resit mana, saya kena ambil resit, takkanlah saya kena pergi online saya nak claim. “

Mungkin kekecohan yang dilakukannya penyebab perjalanan terganggu, ada individu menghampiri pemandu teksi tersebut. Dia menjelaskan bahawa dia memerlukan resit untuk buat tuntutan bayaran.

Bahkan individu tersebut menjelaskan bahawa resit tersebut boleh didapati melalui atas talian, namun dia memberi respon sambil meninggikan suara kepada individu tersebut

 

“Macam mana nak print, saya mana ada bawa komputer”

Teksitol6
Sumber : facebook

“Saya pemandu teksi encik, encik kena faham. Macam mana nak printing saya mana ada bawa komputer. Handphone macam mana saya nak bagi. Macam mana saya nak screen shot, dia nak resit, saya pakai meter encik faham tak?

Ok, kalau kita screenshot tu macam mana saya nak bagi dia punya resit? Nak bagi saya punya handphone? Saya kalau bayar tol, dia nak resit, macam mana dia nak hantar dia punya nombor telefon macam mana saya nak minta?”

Namun begitu ada pihak yang mulia hati cuba meleraikan perbalahan dengan menghulurkan wang tunai kepada penjaga tol tersebut.

Tapi pemandu teksi ini enggan meneruskan perjalanan kerana masih menunggu resit  Hmm, dia buat kerja dia je, tak salah apa-apa pun

 

Saya mahu resit, kalau kamu tak nak bagi resit macam mana saya nak lalu?

“Ada logik tak, saya pakai meter, kenapa tak nak bagi resit? Saya pemendu teksi! Saya mahu resit, kalau kamu tak nak bagi resit macam mana saya nak lalu?”

Biarpun digesa untuk berjalan kerana banyak kereta beratur panjang, dia masih berkeras dengan pendiriannya.

“Saya tak peduli kenapa dia tak nak bagi saya resit , itu saya tak kisah. Sekarang ini RM 3.70 Awak boleh bagi?”

Individu tersebut menghulurkan RM4.00 kepada pemandu teksi tersebut sebelum pergi. Ekoran dengan insiden ini ramai netizen menzahirkan rasa terkilan dan marah kepada pemandu teksi tersebut.

 

“Viralkan kebodohan sendiri”

Teksiltol4 Teksitol Teksitol3 Teksitol5 Telsitol3

Bermacam-macam lagi tohmahan sampai ada yang cuba membandingkan sikap pemandu teksi dengan grab. Kesian akak jaga tol tu, sabar ya kak, netizen ada dipihak akak. 

 

Baca : Anak Pemandu Teksi Jelaskan Kenapa Ada Antara Mereka Sanggup ‘Pedajal’ Penumpang

Teksi Spad 1 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.