in

“Ya perbuatan b*doh dan tak bermoral” – Ummi Umairah Tidak Mahu Mohon Maaf Isu Soalan Kontroversi

Ummi Umairah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penuntut Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit yang pernah mencetuskan kontroversi mengenai pandangannya bahawa tindakan menderma wang hasil titik peluh untuk membantu golongan elit adalah perbuatan paling bodoh dan tidak bermoral, tidak mahu memohon maaf di atas kenyataannya itu.

Beliau menegaskan pendirian untuk tidak memohon maaf itu susulan mengemukakan kenyataan itu dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Depan Antarabangsa di Kuala Lumpur baru-baru ini, yang telah mencetuskan perdebatan banyak pihak.


Saya tetap mempertahankan soalan yang dikemukakan dan tidak akan memohon maaf. Ini kerana menderma wang hasil titik peluh sendiri kepada golongan elit sememangnya, ya, merupakan perbuatan yang paling bodoh dan paling tidak bermoral.

“Saya berharap lebih ramai orang mendapat keberanian untuk bersuara mengenai rasuah dan integriti tanpa rasa takut,” katanya dalam kenyataan di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ummiiumairh

Tambah Ummi Umairah lagi, pandangannya kekal tak berubah dan dia turut berpegang teguh pada prinsip integriti, kesaksamaan dan keadilan serta menentang rasuah.

Saya tidak pernah memilih isu untuk diperjuangkan. Saya hadir dalam demonstrasi (bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri) Azam Baki.

“Saya juga pernah bersuara mengenai ketidaksamaan peluang di universiti saya. Sejak hari pertama, saya konsisten menyuarakan pendirian saya,” katanya.

Artikel berkaitan: Lelaki Derma RM10,000 Kepada Najib Razak, Ingin Balas Jasa Pernah Dibebaskan Awal Dari Tahanan

Artikel berkaitan: Najib Razak Dapat Pengampunan Bersyarat, Tahanan Rumah Hingga Ogos 2028

“Menyifatkan sesuatu perbuatan sebagai bodoh bukanlah suatu kesalahan di sisi undang-undang”

Dalam pada itu, Ummi Umairah juga meluahkan rasa kecewanya terhadap reaksi sebahagian masyarakat yang dipengaruhi buli siber, obsesi terhadap politik dan mempunyai mentaliti feudal.

Menyifatkan sesuatu perbuatan sebagai bodoh bukanlah suatu kesalahan di sisi undang-undang. Ia merupakan ungkapan tegas untuk menggambarkan sesuatu perbuatan yang sukar dipercayai atau tidak masuk akal.

“Pemikiran kritis semakin terhakis. Orang ramai membaca, tetapi tidak berfikir, membuat penyelidikan atau memahami perkara yang dibaca. Konteks diputarbelitkan.

“Menyifatkan sesuatu perbuatan sebagai bodoh tidak sama dengan memanggil seseorang itu bodoh,”  katanya.

Snapinsta.to 849771841 18072062897756659 2479131074520704120 N

Terdahulu, Ummi Umairah telah mempersoalkan tindakan orang ramai yang menderma bagi membantu mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membayar denda mahkamah yang berjumlah RM50 juta dalam satu forum terbuka.

Dalam forum itu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin selain Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi antara yang hadir sebagai panel.

Sumber: Instagram, Harian Metro

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.