in

Viral ‘Gravity Challenge’ di TikTok, Ramai Lelaki Kecundang Bila Nak ‘Join’ Cabaran Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semakin ramai yang mula berjinak-jinak dengan TikTok ni, semakin banyak challenge yang dimulakan oleh pengguna social media tersebut. Ada challenge yang kelakar dan ada jugak yang macam tak masuk akal. 


Kali ini, admin nak kongsikan satu cabaran yang viral baru-baru ini di platform media sosial TikTok iaitu #gravitychallenge. Untuk korang yang masih keliru apa benda lah gravity challenge ni, korang boleh tengok video ni kalau nak faham dengan lebih lanjut.

@jason.rachel

YouTube – Jason&Rachel #fyp #foryourpage #foryoupage #comedy #couplegoals #couple #love #viral #xyzbca #relatable #relationship

♬ Rasputin (7″ Version) – Boney M.

Mula-mula, korang kena berada di posisi merangkak terlebih dahulu. Kemudian, letakkan siku korang di lantai dan kemudian tangan bertongkat pada muka. Lepas tu, korang kena cepat-cepat letakkan kedua-dua tangan tadi ke bahagian belakang badan.

Kalau korang berjaya buat cabaran ni tanpa jatuh tersembam, korang memang power. Ini antara video mereka yang kecundang dalam cabaran ni. Lawak habis weh!

Namun, menurut pengguna TikTok yang dah sertai challenge ni, katanya kebanyakan lelaki tak berjaya buat cabaran ni sebab dorang akan jatuh.

Menurut teori sains, majoriti lelaki gagal manakala kebanyakan wanita berjaya dalam cabaran ni sebab pusat graviti badan perempuan sebenarnya adalah lebih rendah berbanding lelaki, lapor Yahoo!life. Ada juga kajian yang mengatakan pusat graviti wanita lebih rendah adalah untuk membantu mereka berjalan dengan stabil ketika hamil.

Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah wanita yang tak berjaya buat challenge ni. Rasanya bergantung juga pada kekuatan tubuh masing-masing kan. Kalau tak confident, jangan cuba aksi ni di rumah. 

Admin nasihatkan korang yang nak join cabaran ni untuk letakkan bantal sebagai pelapik sebelum buat. Kang tak pasal-pasal tersembam muka atas lantai. 

Baca: #JemimahChallenge, Ini Reaksi Pasha Ungu Bila Lagu Sendiri Trending Di Media Sosial

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.