in

Viral Gambar Makan Di Kafe Masa PKP, Ini Penjelasan Tok Pa

Collage 73

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang pemilik restoran di Kelantan telah memuat naik gambar Menteri Ekonomi, Mustapa Mohamed atau lebih sering disapa Tok Pa yang telah berkunjung ke kafenya.


E40C8Ueuyaq0M5W

Namun, gambar-gambar yang dimuat naik ini telah mendapat perhatian netizen mempersoalkan bagaimana Tok Pa boleh makan di kafe tersebut sedangkan ia merupakan salah satu larangan ketika PKP fasa 1.

Ekoran ini, pejabat kementerian menteri ini dalam kenyataan telah pun mengesahkan yang pihak polis telah pun membuka kertas siasatan ke atas Tok Pa, lapor FMT.

E40C8Uevoaebd P

Berikutan tersebarnya gambar mengenai kehadiran beliau di kafe tersebut, Ketua Polis Daerah Jeli menghubungi beliau tengah hari tadi memaklumkan bahawa kertas siasatan telah pun dibuka mengenai perkara ini.

Beliau memohon maaf atas pelanggaran SOP ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.”

Selain itu, kenyataan ini turut menjelaskan yang Tok Pa singgah ke Alfath Cafe itu atas tujuan untuk melihat bagaimana pemilik restoran yang baru berusia 26 tahun itu meneruskan perniagaan ketika PKP.

Beliau singgah di kafe itu untuk melihat bagaimana pemiliknya yang juga anak muda berusia 26 tahun berjaya meneruskan perniagaannya walaupun berdepan dengan PKP 3.0.

“Anak muda ini menggunakan sepenuhnya media sosial untuk memasarkan menu yang berasaskan makanan barat.

“Datuk Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di kafe itu.”

Tok Pa juga turut meminta maaf mengenai isu pelanggaran SOP ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya.

 

Baca: “Gaji tak boleh paksa” – Tok Pa Kata Siswazah Patut Bersyukur Jika Dapat Gaji Rendah Masa Ini

Screenshot 2021 06 28 At 12.00.07 Pm

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.