Kisah gajah jantan yang dikenali sebagai Sulong kini menjadi tumpuan netizen di media sosial selepas tular videonya yang dipercayai menempuh perjalanan dari Gerik, Perak untuk pulang ke tempat asalnya di Chalil, Gua Musang, Kelantan.
Beberapa video yang tular itu memperlihatkan Sulong sedang berjalan bersendirian di bahu Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik – Jeli. Ia sekaligus mengundang rasa simpati ramai orang.
Artikel berkaitan : Gajah Liar Tular Di JRTB Curi Perhatian Ramai, Penduduk Teruja Menanti Perkembangan Sulong Chalil
Artikel berkaitan : Kes L*nggar Pelajar Depan Sekolah: Pemandu Van 61 Tahun Mengaku Tidak Bersalah, Lesen Memandu Digantung Serta-Merta
Jalan bersendirian untuk pulang ke tempat asal?
Menurut Kosmo!, Sulong dikatakan berasal dari Chalil dan sebelum ini telah dipindahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dari Gua Musang ke Gerik bagi mengelakkan konflik dengan penduduk termasuk gangguan terhadap tanaman.
Dalam pada itu, pihak Perhilitan juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa pemantauan berterusan harus dilakukan termasuklah mengambil tindakan mengiring gajah itu kembali ke dalam hutan tetapi Sulong kini dilihat kembali ke jalan raya.
@velvetvibe29 Lepas tahu kisah dia baru paham kenapa dia berjalan je…blik kelantan jmpa dia nak blik ke ipoh pown jmpa dia….semoga dprmudahkan urusan dia dan smoga pihak brtnggungjwab ambil tindakan segera😠😠 #sulong #gerikjeli #perhilitan #fypppppppppppppp
Selain itu, Ahli Sosiologi, Dr. Norwaliza Abdul Wahab mengatakan bahawa gajah bukanlah sekadar haiwan besar yang kuat, tetapi haiwan itu mempunyai ingatan yang luar biasa sehingga mampu mengingati laluan, kawasan, sumber makanan dan tempat yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupannya.
“Walaupun sudah dihantar jauh, Sulong tetap cuba mencari jalan untuk kembali. Walaupun kaki luka, ia tetap melangkah agar dapat bersama dengan kawanannya semula.”
“Ini mengingatkan kita bahawa apabila memindahkan hidupan liar, kita bukan sekadar memindahkan seekor haiwan dari satu lokasi ke lokasi yang lain.”
“Kita sedang membawa keluar seekor makhluk daripada habitat, laluan dan dunia yang sudah dikenali gajah itu.”
“Dalam proses pemindahan, pengendalian mesti dibuat dengan penuh berhati-hati,” katanya.
Sumber: Kosmo!
