in

“Gaji tak boleh paksa” – Tok Pa Kata Siswazah Patut Bersyukur Jika Dapat Gaji Rendah Masa Ini

Graduan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana graduan yang baru menempuh ke alam pekerjaan dinasihatkan agar bersyukur walaupun mendapat gaji rendah pada waktu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.


 

Faktor daripada kemerosotan ekonomi

1102269

Tambah beliau, hal ini kerana pasaran kerja pada tahun lepas amat merosot ekoran dengan masalah ekonomi negara yang menguncup kepada 5.6 peratus, lapor Astro Awani.

“Gaji tak boleh paksa, kita ada gaji minimum, itu boleh paksa (ditetapkan)… RM1,200 itu gaji minimum… yang lain-lain ikut keadaan pasaran… jadi pasaran tahun lepas pasaran lemah.”

“Tenaga buruh… permintaan buruh lemah kerana ekonomi kita menguncup 5.6 peratus… itu pun dengan langkah (bantuan) kerajaan, kalau tak ada langkah kerajaan teruk lagi.

“Jadi bagi saya, para graduan yang ada kerja harus bersyukur kerana graduan lain tak ada kerja… atau gaji rendah itu sabarlah… tahun ini ekonomi makin pulih, mungkin bertambah permintaan (pasaran buruh) gaji akan naik.”

Tambahnya lagi, kerajaan tidak boleh memaksa atau menetapkan gaji tinggi kerana ia selalunya bergantung kepada tahap kepakaran dan kemahiran individu.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan gaji permulaan bagi graduan yang baru sahaja bekerja akan jadi lebih tinggi menjelang pertengahan tahun ini berikutan dengan keadaan ekonomi yang semakin pulih.

 

Baca : Tok Pa Positif COVID 19, YDP Agong & PM Antara Yang Dikatakan Bertemu Menteri Sebelum Disahkan Positif Wabak?

Covid

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.