in

Viral Gambar Cahaya Misteri Di Puncak Gunung Merapi, Dipercayai Ada Meteor Jatuh?

2Gunung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial apabila satu cahaya yang terang dan pantas telah muncul di Puncak Gunung Merapi di Changkrigan, Yogjakarta, Indonesia baru-baru ini.



Cahaya yang terang berwarna kehijauan itu dipercayai meteor yang jatuh dari angkasa lepas. Korang boleh tengok gambar yang sempat dirakamkan dalam tweet @merapi_uncover di bawah.

Screenshot 2021 05 29 At 12.17.41 Pm Screenshot 2021 05 29 At 12.17.51 Pm Screenshot 2021 05 29 At 12.17.58 Pm Screenshot 2021 05 29 At 12.18.05 Pm

 

Betul ke meteor?

Banyak pihak yang mendakwa cahaya tersebut adalah meteor. Namun, menurut sumber dari Kompas.com yang menemubual pemilik gambar, Gunarto Song, beliau berkata tidak yakin cahaya misteri tersebut adalah meteor.

“Saya enggak berani pastikan, yang pasti sangat cepat dan terang. Lokasinya di Kali Adem, Cangkringan, malam hari tanggal 27 Mei 2021”

Tambah beliau lagi, sewaktu melakukan pengambaran, terdapat ambience di awan dan memungkinkan cahaya misteri itu tidak jatuh di Puncak Gunung Merapi. Tetapi, melalui perspektifnya, cahaya dan objek itu seakan-akan jatuh pada puncak gunung berkenaan.

Korang boleh tengok video yang dirakam ketika kejadian itu kat bawah ni

Korang rasa objek apa yang bercahaya tu?

 

Baca: Gunung Berapi Tertinggi Di Pulau Jawa Meletus, Keluarkan Asap Setinggi 4.5 Kilometer

Screenshot 2021 05 29 At 12.32.10 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.