Gunung Berapi Tertinggi Di Pulau Jawa Meletus, Keluarkan Asap Setinggi 4.5 Kilometer

Tambah ke Sumber Pilihan
Gunung Berapi Tertinggi Di Pulau Jawa Meletus, Keluarkan Asap Setinggi 4.5 Kilometer

Semalam, gunung berapi tertinggi di Pulau Jawa, Indonesia dilapor telah meletus dan mengeluarkan asap tebal setinggi 4.5 kilometer (km).

Gunung Semeru E1610853326620Sumber: Tribun News

Menurut laporan CNBC Indonesia, Gunung Semeru yang terletak di Jawa Timur itu meletus pada jam 5.24 petang waktu Indonesia Timur.


Menerusi siaran media Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), gunung berketinggian 3,676 meter itu kini diletakkan di status level II (dua) atau ‘waspada’. Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) dikhabarkan sedang melakukan evaluasi dengan lebih lanjut.

Gunung Berapi Tertinggi Indonesia Meletus E1610853503427Sumber: Kompas

Sementara itu, penduduk yang tinggal di sekitar Desa Sumbur Mujur dan Desa Curah Koboan dinasihatkan supaya berada dalam keadaan berjaga-jaga dan menjauhi kawasan gunung berapi berkenaan.

Berdasarkan data PVMBG, terdapat lebih 70 gunung berapi yang masih berstatus aktif di Indonesia. Manakala tujuh gunung berapi di negara itu sedang aktif meletus ketika ini.

Berikut merupakan senarai gunung berapi yang sedang aktif meletus sejak dua tahun lepas:

  1. Gunung Anak Krakatau (Selat Sunda)
  2. Gunung Merapi (Jawa Tengah)
  3. Gunung Kelud (Jawa Timur)
  4. Gunung Sinabung (Sumatera Utara)
  5. Gunung Bromo (Jawa Timur)
  6. Gunung Soputan (Sulawesi Utara)
  7. Gunung Lokon (Sulawesi Utara)

Sumber: CNBC Indonesia,hmetro

Baca: “Boleh chill angkat kain di jemuran” – Netizen Tergamam Tengok Penduduk ‘Rileks’ Masa Gunung Berapi Meletus

Letus7 E1610852803676

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Gunung Berapi Tertinggi Di Pulau Jawa Meletus, Keluarkan Asap Setinggi 4.5 Kilometer
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/gunung-berapi-tertinggi-di-pulau-jawa-meletus-keluarkan-asap-setinggi-4-5-kilometer/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM