“Who raised you?” – Komen Biadab Pengguna Threads Guris Hati Cucu Tun Mahathir, Netizen Gesa SKMM Siasat

Jadikan sumber pilihan di Google
“Who raised you?” – Komen Biadab Pengguna Threads Guris Hati Cucu Tun Mahathir, Netizen Gesa SKMM Siasat

Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali masih dirasai seluruh rakyat Malaysia. Namun di sebalik suasana pilu itu, muncul pula satu komen biadab di media sosial yang mengundang kemarahan ramai.

Menerusi paparan perbualan di laman Threads, pengguna terbabit meninggalkan komen yang berbunyi, “Bila Mahathir nak meninggal pulak?”.


Hantaran jelik itu nyata mendapat kecaman ramai termasuk selebriti dan ahli politik yang menyifatkannya sebagai kurang ajar serta mengguris hati keluarga Allahyarhamah.

Komen

 

Lebih memilukan, komen tersebut turut disedari cucu Allahyarhamah, Ally Mukhriz yang meluahkan rasa kecewanya.

“Kenapa ni benda pertama yang saya nampak masa saya bukak app ni?” tulisnya.

Pada ruangan komen, Ally turut mempersoalkan tindakan individu terbabit.

“Siapa yang besarkan kamu? Kenapa komen ni dekat feed saya?”

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: “Nampak kosong jiwanya” – Wajah Sebak & Sugul, Netizen Doakan Tun Mahathir

Artikel berkaitan: “Saya hanya mengimbau!” – Ally Mukhriz Respon Isu Baju Pengantin, Doakan Kebahagiaan Ezlisa Loy

Individu buat laporan polis, dakwa fake akaun

Bagaimanapun, seorang individu dikenali sebagai Arif Hakimi yang mengakui merupakan lelaki pada gambar profil akaun berkenaan telah tampil memberi penjelasan tentang perkara sebenar yang berlaku.

Jelas lelaki terbabit, akaun Threads, Facebook dan Instagram yang menggunakan nama Amri Fikri bersama gambarnya adalah akaun palsu yang menyamar sebagai dirinya tanpa kebenaran.

Dia mendakwa akaun tersebut sengaja memuat naik kandungan berbentuk rage bait bagi mengundang kemarahan dan kebencian orang ramai.

Susulan itu, dia memaklumkan telah membuat laporan polis di Balai Polis Majidee, Johor Bahru pada 28 September.

Katanya, kes itu akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Screenshot 2026 09 29 120541

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung hantaran biadab berkenaan.

Sumber: Threads

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Who raised you?” – Komen Biadab Pengguna Threads Guris Hati Cucu Tun Mahathir, Netizen Gesa SKMM Siasat
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/who-raised-you-komen-biadab-pengguna-threads-guris-hati-cucu-tun-mahathir-netizen-gesa-skmm-siasat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen