in

[VIDEO] Wartawan Lapor UMNO Akan Ajar Ahli Cara Berenang Untuk Tempuh PRU Di Musim Tengkujuh?

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri semalam telah mengumumkan pembubaran kabinet bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal diadakan dalam masa 60 hari.

Dengan pengumuman ini, ramai rakyat telah meluahkan rasa risau kerana PRU15 ini bakal diadakan ketika musim tengkujuh. Malah sekarang ini pun beberapa tempat telah pun mula dinaiki air.


Oleh yang demikian, min yakin parti-parti mesti akan buat perancangan bagi menghadapi PRU di musim tengkujuh ni dan pastikan orang ramai boleh menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

Baru-baru ini, satu video yang dirakam dari laporan berita dan dimuat naik di TikTok telah mendapat perhatian netizen.

@im_faizhafizi

Umno ajar akar umbi berenang pru musim banjir 🤣🤣🤣#umno #bn #pas #ph #pru #musimhujan

♬ original sound – Faiz Hafizi – abg izz

Dalam video tersebut, wartawan yang bertugas telah bercakap mengenai persediaan yang bakal dibuat oleh UMNO untuk PRU akan datang ketika sesi Perjumpaan Khas UMNO.

Menurut wartawan ini, pertemuan dari ahli UMNO ini turut menyentuh mengenai strategi kempen  dalam musim tengkujuh memandangkan parti ini sendiri mencadangkan agar PRU dibuat pada tahun ini.

Corak kempen itu nanti perlulah ada kos tambahan seperti adanya bot dan mungkin agak lucu namun dimaklumkan mereka juga atau ahli akar umbi ini akan diajar cara berenang sebagai ciri-ciri keselamatan dalam menempuhi banjir itu nanti.”

Uish, bukan kaleng kaleng sampai nak ajar berenang ni. Agak-agak sempat tak power sebelum PRU?

 

Baca: “Saya takde sumber pendapatan libatkan duit rakyat” – Viral Koleksi Kereta Mewah, Ketua Pemuda UMNO Beri Penjelasan

Ft Datuk Nazir Buka Mulut Video Viral Kenderaan Mewah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.