in

“Saya takde sumber pendapatan libatkan duit rakyat” – Viral Koleksi Kereta Mewah, Ketua Pemuda UMNO Beri Penjelasan

Ft Datuk Nazir Buka Mulut Video Viral Kenderaan Mewah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral di media sosial sejak beberapa minggu lepas sebuah video menunjukkan garaj di rumah Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin. Rakaman tersebut menjadi tular selepas ia menampakkan koleksi beberapa kereta dan motosikal mewah yang diparkir di garaj tersebut.


Ianya membuatkan ramai netizen mempersoalkan sumber kekayaannya sehingga mampu memiliki sebegitu banyak kenderaan mewah termasuklah beberapa buah Lamborghini.

 

“Saya tak ada apa-apa sumber pendapatan melibatkan duit rakyat”

Selepas namanya menjadi bualan ramai, Datuk Nazir telah tampil memberikan penjelasan melalui sebuah video di Instagram peribadinya. Dia menerangkan serta telah menepis dakwaan netizen yang menuduhnya menyeleweng duit rakyat untuk kemewahan tersebut.

Saya ni bukanlah wakil rakyat, saya tak ada apa-apa sumber pendapatan yang melibatkan duit rakyat. Tak ada duit rakyat yang disalurkan kepada saya atau boleh saya salah gunakan.”

Katanya, dia sering menjadi mangsa troll atau fitnah sesetengah pihak kerana jawatan dipegangnya namun akui tidak menyembunyikan lifestyle selama ini.

Nazir Hussin

Gambarnya serta rumah dan koleksi kenderaannya sering disalah gunakan di media sosial sehingga menjadi viral. Sebelum ini, dia sendiri pernah beberapa kali dikaitkan dengan beberapa kes seperti Macau Scam, kartel kontrak kerajaan dan beberapa isu lain.

Saya orang biasa, cuma jawatan saya Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Inilah lifestyle saya. Saya tak boleh puaskan hati semua orang.”

Sekiranya saya buat sesuatu yang salah, saya scammer ke. Saya tak bayar cukai ke. Saya rasa senang nak cari saya. Saya tak cover langsung lifestyle saya, saya open je.”

Anyway, kalau saya buat benda bukan-bukan saya percaya LHDN tahu rumah saya dekat mana, kalau saya buat salah saya percaya polis, SPRM, dorang tahu rumah saya dekat mana.”

Kereta1

Katanya lagi, ramai yang hanya menilainya tanpa mengenali atau mengambil tahu cerita daripada sudut yang lain. Bercakap lebih lanjut, dia dan abangnya banyak menyumbang kepada tahfiz serta menyediakan bakul makanan bagi yang memerlukan, di bawah Yayasan Hussin.

Bukan itu saja, kemewahan yang dimiliknya sekarang adalah hasil daripada beberapa bisnes dilakukannya bersama adik beradik selama ini.

Setiap bulan, Yayasan Hussin contribute kepada masyarakat. Kadang-kadang sebulan tu ada sampai 1,000 orang kita bagi bantuan (menggunakan) duit sendiri.”

Itu saya tak tunjuk. Yayasan Hussin ni, setiap bulan kita contribute lebih kurang RM50,000 ke RM200,000. Setiap bulan, tak kurang.”

Tonton video penuh di sini.

Baca: “Hantar order door to door” – Viral Bekas Menteri Afghanistan Kini Jadi Penghantar Pizza Di Jerman

Ft Bekas Menteri Afghanistan Jadi Penghantar Piza E1630314191336

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.